RKIB : 08/12/2004
Oleh Sayed Hesham Idris
BERTALAN Bicskei (kiri) memperkatakan
sesuatu ketika bertemu jurulatih Timor Leste, Jose Luis pada sidang akhbar
jurulatih pasukan yang beraksi dalam kejohanan Piala Tiger 2004, di Petaling
Jaya semalam.
TANPA kelibat dua penyerang
utama, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Indra Putra Mahayuddin, Malaysia bukan
sahaja bertekad menang ke atas muka baru, Timor Leste dalam perlawanan bola
sepak Piala Tiger di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini malah mahu memburu
jaringan gol yang besar.
Ini kerana jurulatih
kebangsaan, Bertalan Bicskei sedar jaringan yang besar bakal memberi kelebihan
bagi skuad kebangsaan untuk bersaing dengan pasukan pilihan Kumpulan B,
Thailand dan Myanmar.
Jurulatih dari Hungary itu
yakin anak buahnya mampu menewaskan Timor Leste sambil mengharap pemain
berupaya mencipta banyak jaringan.
``Kita perlu mengatasi Timor
Leste malam esok (hari ini) untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir.
``Begitupun pemain perlu
berwaspada terhadap Timor Leste kerana tidak banyak maklumat tentang kekuatan
pasukan ini.
``Walaupun pasukan baru, saya
tidak memandang ringan keupayaan mereka apatah lagi Timor Leste memiliki tiga
pemain yang beraksi dalam Liga Portugal dan Australia,'' katanya pada sidang
akhbar jurulatih-jurulatih pasukan yang beraksi dalam kumpulan B Piala Tiger
2004 di Petaling Jaya semalam.
Selain Timor Leste, Malaysia
juga akan berdepan Filipina, Myanmar dan perlawanan terakhir bertemu pasukan
pilihan, Thailand dalam ``Kami tetap berazam memberikan tentangan terhadap tuan
rumah walaupun rata-rata pemain kami masih muda dan kurang pengalaman
antarabangsa.
``Timor Leste mempunyai pemain
berbakat cuma memerlukan masa untuk setanding dengan pasukan lain di Asia
Tenggara,'' kata jurulatih dari Portugal yang mengambil alih tugas jurulatih
tempatan, Joao Paulo awal November lalu.
Luis menamakan tiga pemain muda
pasukan itu yang dijangka menyerlah malam ini iaitu pemain tengah, Felicio
Margarido Guterres yang mewakili kelab Palmonstam Lafaek Darwin dan penyerang
Geovani Manuel Babo dengan kelab Endevohill United Darwin, Australia.
Seorang lagi pemain pertahanan,
Alfredo Manuel Mousinho Esteves pula mewakili kelab Oliveira do Bairo Sport
Club di Portugal.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4g6Si3YPY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan