ARKIB : 19/03/2005
Oleh AMRAN MULUP
KUALA LUMPUR - Penasihat
Teknikal Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Mohamad Bakar bakal dilantik
sebagai pengurus bola sepak kebangsaan yang baru, menggantikan Datuk Seri Dr.
Ibrahim Saad yang meletak jawatan Februari lalu.
Tiada kesangsian Mohamad yang
juga bekas pemain bola sepak kebangsaan pada awal 70-an diberi peluang untuk
menjadi pengurus pasukan seperti mana bekas pemain Datuk Soh Chin Aun pernah
dilantik untuk jawatan tersebut.
Mohamad yang pernah terlibat
dengan panel pemilihan skuad kebangsaan sewaktu di bawah bekas jurulatih
kebangsaan Claude Le Roy akan diberi tugas untuk mengemudi pasukan kebangsaan
menghadapi Sukan Perpaduan Islam di Arab Saudi bulan depan.
Bagaimanapun tidak dapat
dipastikan sama ada pelantikan Mohamad adalah untuk satu tugasan membawa skuad
bola sepak kebangsaan ke Arab Saudi ataupun sebaliknya.
Pelantikan Mohamad sekali gus
menamatkan spekulasi siapa bakal dilantik sebagai pengurus pasukan selepas
Ibrahim meletak jawatan Februari lalu.
Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) dijangka membuat pengumuman mengenai pelantikan Mohamad dalam masa
terdekat ini.
Ibrahim yang juga Naib Presiden
FAM, Februari lalu membuat keputusan meletak jawatan sebagai pengurus pasukan.
Keputusan yang diambil oleh Ibrahim
disebabkan beban tugas yang digalas beliau setelah dilantik sebagai Pengerusi
Panel Penasihat Sukan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Julai tahun lalu.
Sukan Utusan diberitahu,
keputusan mengejut yang dibuat oleh FAM untuk melantik pengurus pasukan adalah
atas arahan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.
Kemelut timbul setelah MSN
melahirkan rasa gelisah apabila FAM tidak menghantar senarai pemain untuk ke
Arab Saudi pada tarikh yang ditetapkan iaitu pada 6 Mac lalu.
Buat MSN, ketiadaan pengurus
pasukan menjejaskan sebarang urusan yang hendak dibuat seperti soal penginapan,
visa, senarai akhir 22 pemain dan pegawai.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4iKHe1y4E
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan