ARKIB : 04/01/2005
HAMPIR 60,000 peminat membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk
menyaksikan pertarungan antara Malaysia dan Indonesia dalam perlawanan
separuh akhir kedua bola sepak Piala Tiger, semalam, lapor HAMIMAH HAMID.
Tinjauan di Stadium Nasional itu mendapati ribuan penyokong Malaysia masih membanjiri kaunter untuk mendapatkan tiket di saat-saat akhir.
Ini terbukti apabila seorang peminat setia dari Labuan, Sabah turut sama berada di stadium bagi menyokong serta menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua itu.
``Bagi saya wang dan masa tidak menjadi masalah, asalkan dapat melihat aksi pasukan Malaysia, apalagi bermain di negara sendiri,'' kata Naqiuddin Ramzi.
Bagi Khalid Samat, 31, beliau terpaksa membeli tiket pada saat akhir kerana tuntutan kerja dan jarak rumah yang jauh.
``Saya sanggup datang dari Ipoh kerana ingin memberi semangat kepada para pemain kita.
``Harapnya kami tidak dihampakan dan Malaysia boleh mendapat kejayaan,'' katanya sebelum perlawanan berlangsung.
Pendapat itu turut disokong oleh seorang peminat setia dari Terengganu, Mohd. Sufian Zakaria, 32, yang menganggap perlawanan itu sebagai laluan utama Skuad Harimau ke pusingan akhir Piala Tiger.
``Saya pasti malam ini skuad negara akan mencapai kejayaan,'' ujarnya.
Bagi peminat wanita pula, Samsiah Abdul Majid, 28, perlawanan itu bukan sahaja dikuasai oleh kaum lelaki malah wanita juga semakin berminat untuk menyaksikannya.
``Saya harap pasukan negara akan menang besar malam ini selepas mengalahkan Indonesia 2-1 sebelum ini.
``Prestasi mereka pada perlawanan separuh akhir pertama saya perhatikan memang membe-rangsangkan, jadi saya yakin penuh pasukan kita boleh menang juga kali ini,'' ujarnya.
Sementara itu, seorang peminat fanatik Indonesia, Mahfudz Maduri, 27, pula berkata penyokong negara itu akan tetap memberi sokongan sepenuhnya kepada skuad mereka.
``Kali ini pasukan kita bermain di tempat lawan, jadi semua peminat mereka di sini akan memberi sokongan padu supaya para pemain lebih bersemangat.
``Kedua-dua pasukan sama hebat, siapa yang menang kita terima dengan hati terbuka,'' katanya.
Selain digamatkan dengan jeritan dan sorakan dan tiupan wisel oleh penyokong fanatik, suasana di stadium juga sesak dengan peminat yang ingin membeli jersi pasukan masing-masing.
Para penyokong fanatik menunjukkan kesetiaan mereka dengan mewarnakan muka dengan warna bendera, ada yang hanya melukis bendera kecil tetapi tidak kurang yang menconteng sepenuh wajah.
Suasana meriah dan bersemangat benar-benar terasa sejak petang, beberapa jam sebelum perlawanan apabila sekitar stadium mula dipenuhi oleh para penyokong kedua-dua pasukan.
Di sebalik keghairahan para penyokong negara yang bersesak ke stadium, mereka pulang kehampaan apabila Malaysia tewas 4-1, yang menyaksikan Indonesia layak ke babak akhir menerusi agregat 5-3.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan