Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my
NELO Vingada.- Foto Luqman
Hakim Zubir KUALA LUMPUR: Empat bekas tonggak skuad kebangsaan, Safiq Rahim,
Aidil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal sah kembali
menyarung jersi Harimau Malaya.
Nama empat tonggak yang mengumumkan
persaraan dari skuad kebangsaan pada Julai tahun lalu itu turut tersenarai
dalam 26 pemain yang dipanggil jurulatih Nelo Vingada untuk menyertai latihan
pusat bermula 29 Mei ini.
Ia adalah panggilan sulung oleh Vingada
selepas pengendali dari Portugal itu diumum sebagai jurulatih baharu Harimau
Malaya, 15 Mei lalu. Panggilan untuk menyertai latihan pusat di Johor Bahru,
Johor itu adalah sebagai persediaan untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2019
di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 13 Mei ini.
Seramai 13 pemain daripada skuad 22
pemain kendalian Datuk Ong Kim Swee ketika berdepan Filipina pada 22 Mac lalu
dikekalkan oleh Vingada untuk kem latihan pusat kali ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
menerusi satu kenyataan hari ini menjelaskan seramai 15 pemain akan melapor
diri pada Isnin ini (29 Mei) manakala 11 pemain JDT perlu melapor diri pada
Jumaat (2 Jun) selepas selesai tugasan Piala AFC bertemu Ceres Negros di
Filipina pada 31 Mei.
Senarai Pemain Penjaga Gol: Hafizul Hakim
Khairul Nizam Jothy, Mohd Khairul Azhan Khalid, Izham Tarmizi Roslan.
Pertahanan: Mohd Rizal Mohd Ghazali, Khairul Helmi Johari, Matthew Davies,
Shahrul Saad, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Muhammad Fazly Mazlan, Aidil Zafuan
Abd Radzak, S Kunanlan. Tengah: Baddrol Bakhtiar, Mohd Syazwan Zainon, Muhammad
Akram Mahinan, Muhamad Nor Azam Abdul Azih, Ahmad Syamim Yahya, Wan
Zaharulnizam Wan Zakaria, Safiq Rahim, Mahali Jasuli, S Chanturu, Azammuddin
Mohd Akil, Amirul Hadi Zainal, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham. Penyerang:
Mohd Safee Sali, Mohd Amri Yahyah, Ahmad Hazwan Bakri.
Sumber-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/286113
Tiada ulasan:
Catat Ulasan