ARKIB : 12/04/2005
TAIF - Skuad bola sepak negara
berjaya mengikat Maghribi dengan keputusan seri tanpa jaringan pada saingan
Kumpulan D, Sukan Perpaduan Islam di sini, semalam.
Kejayaan mengutip satu mata
berharga itu sekaligus mencerahkan peluang Malaysia untuk layak ke suku akhir
malah mampu muncul juara kumpulan.
Bagaimanapun Malaysia perlu
mengalahkan satu lagi pasukan dalam kumpulan itu, Pakistan sekurang-kurangnya
dengan jaringan 3-0 pada malam esok waktu Malaysia.
Pada perlawanan pembukaan
kumpulan itu sebelum ini, Maghribi berjaya menewaskan Pakistan dengan 2-0.
Begitu pun kejayaan Malaysia
mengikat Maghribi yang pernah layak ke Piala Dunia 1994 dan 1998 tidak dicapai
dengan mudah, semalam.
Barisan pemain negara dikerah
bekerja keras sepanjang 90 minit permainan dalam usaha mengekang asakan
bertubi-tubi pasukan dari negara Utara Afrika itu.
Bagaimanapun kecemerlangan
penjaga gol negara, Mohd. Syamsuri Mustapa serta pertahanan yang diketuai
Khaironnisam Shahabudin berjaya menafikan setiap percubaan Maghribi.
Hanya di babak pertama,
Malaysia memperoleh dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol.
Ia berlaku pada minit ke-30
apabila sepakan sudut Idris Karim tepat singgah ke kaki Lim Chan Yew yang
bagaimanapun menyaksikan sepakannya terkena Mohd. Nor Ismail dan bola terkeluar
walaupun di depan pintu gol sudah terbuka luas.
Peluang kedua terbaik diperoleh
pada lewat babak kedua apabila Ivan Yusof berjaya melorongkan bola kepada Liew
Kit Kong yang hanya perlu menolak masuk tetapi sepakannya melambung tinggi. -
Utusan
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4iMVQfRLm
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan