NELO VINGADA hanya tiba pada 23
Mei lalu dan tidak sempat memilih
NELO VINGADA hanya tiba pada 23
Mei lalu dan tidak sempat memilih pemain untuk latihan persediaan menghadapi
Lebanon, menyebabkan tugas itu diserahkan kepada pembantunya Tan Cheng Hoe.
Fadhilul Izmel Ishak
30 Mei 2017 3:00 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to
TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More
KUALA LUMPUR 29 Mei -
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin
menyelar pihak yang mengkritik pemilihan pemain skuad kebangsaan untuk
menghadapi Lebanon dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri
Hassan Yunos, Larkin pada 13 Jun ini.
Advertisement
Powered By YuMe
Hamidin berkata senarai pemain
yang dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan bukan ditentukan oleh
pengurusan tertinggi FAM seperti didakwa sesetengah pihak sebaliknya nama-nama
tersebut dicadangkan oleh penolong jurulatih Tan Cheng Hoe memandangkan
pengendali skuad kebangsaan Nelo Vingada hanya tiba di Malaysia pada 23 Mei
lalu.
“Berdasarkan senarai 26 pemain
tersebut, hanya sembilan pemain sebenarnya berusia 30 tahun dan ke atas yang
dilabel sebagai kuda tua manakala 17 pemain lain adalah berusia di bawah 30
tahun iaitu tujuh pemain dalam lingkungan usia 22 hingga 25 tahun dan 10 pemain
dalam lingkungan usia 26 hingga 29 tahun.
“Bagaimanapun, semua perlu tahu
Vingada merupakan seorang jurulatih yang meminati pemain-pemain muda. Beliau
sendiri telah memberitahu akan memantau pemain-pemain dari skuad Projek Sukan
SEA 2017 kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk diserapkan ke dalam skuad
kebangsaan pada masa akan datang.
“Cuma untuk perlawanan pertama
bertemu Lebanon pada 13 Jun ini, Vingada tidak mempunyai masa secukupnya dan
menggunakan gabungan pemain sedia ada yang dirasakan adalah terbaik buat masa
ini menerusi pemantauan oleh Cheng Hoe.
“Jadi peminat, penyokong dan
bekas-bekas pemain ini perlu faham dengan situasi semasa dan tidak sepatutnya
berterusan membangkitkan persoalan serta kritikan terhadap senarai 26 pemain
yang telah dipilih itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Hamidin, beliau percaya
bagi perlawanan Harimau Malaya yang seterusnya Vingada pasti membariskan gabungan
pemain muda dan senior untuk memantapkan pasukan.
Mengulas mengenai penampilan
semula Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abd. Radzak, S. Kunanlan dan Amirulhadi Zainal
yang sebelum ini bersara daripada pentas antarabangsa, Hamidin berkata empat
pemain tersebut telah membuat keputusan untuk keluar daripada persaraan mereka.
“Mungkin mereka berempat
berasakan yang mereka bersedia untuk kembali di atas faktor keyakinan terhadap
kepimpinan baharu FAM yang diterajui Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan
Ibrahim selaku Presiden FAM.
“Penyenaraian empat pemain ini
dalam senarai 26 pemain dipanggil kali ini juga adalah berdasarkan faktor
cadangan nama daripada Cheng Hoe supaya Vingada dapat menilai kesemua pemain
lama dan baharu dalam pasukan ini.
“Mereka berempat ini akan tetap
dianalisis prestasi mereka dalam kem latihan nanti dan tak semestinya mereka
akan terus kekal dalam pasukan jika gagal mempamerkan persembahan terbaik,”
katanya
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/cheng-hoe-yang-pilih-pemain-1.487493#ixzz4iW9GEQIv
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan