Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
KETUA jurulatih baru Harimau
Malaya, Nelo Vingada mengakui tidak mengamalkan atau terikat dengan satu
falsafah bola sepak sebaliknya lebih gemar menerapkan corak permainan
berdasarkan keupayaan pemain.
Biarpun ada segelintir
jurulatih yang suka menggunakan satu falsafah seperti tiki-taka ataupun 'total
football', pengendali dari Portugal itu dilihat selesa mengamalkan strategi
biasa mengikut kesesuaian pasukan.
"Saya tak pernah harapkan
yang luar biasa sama ada main cara itu atau cara ini. Saya boleh kongsikan
kepada anda pengalaman ketika saya bergelar jurulatih kebangsaan Arab Saudi.
"Ketika itu kami (Arab
Saudi) mempunyai dua penyerang bagus iaitu Sami Al-Jaber dan Saad. Kami mula
bina pasukan dan mereka adalah tunjak kejayaan.
"Tetapi strategi berbeza
saya gunakan ketika membimbing FC Seoul di Korea Selatan.
"Semuanya bergantung
kepada kelebihan dan keupayaan seseorang pemain itu sama ada dia pantas, berani
menggelecek ketika berdepan satu lawan satu atau mempunyai mental yang
kuat," katanya ketika ditemui pada sidang media pertamanya di Kuala
Lumpur, hari ini.
Vingada, 64, yang baru tiba di
Malaysia semalam akan memulakan tugasnya pada 28 Mei ini dan akan berentap
mengharungi aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lubnan di Stadium
Larkin pada 13 Jun depan.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Rabu, 24 Mei 2017 @ 6:10 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan