Ahad, 28 Mei 2017

Skuad kebangsaan menang tipis



ARKIB : 03/04/2005

KUALA LUMPUR - Skuad negara mendapat kemenangan penyuntik semangat apabila menewaskan pasukan Liga Super, Pulau Pinang 1-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Bola sepak Kuala Lumpur di Cheras malam tadi.

Gol tunggal perlawanan diperoleh menerusi Faizal Esahar.

Ia adalah kemenangan pertama skuad negara dalam siri perlawanan persahabatan sebelum menyertai Sukan Perpaduan Islam di Arab Saudi, bermula Jumaat ini.

Dalam perlawanan persahabatan pertama, Malaysia sekadar seri tanpa jaringan dengan pasukan pilihan Singapura di tempat yang sama Rabu lepas.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4iMBNyZlQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan