ARKIB : 15/12/2004
JURULATIH kebangsaan, Bertalan Bicskei memuji persembahan barisan
pemainnya yang bermain bermati-matian serta tidak lupa mengucapkan
terima kasih kepada penyokong-penyokong yang terus memberikan semangat
untuk membantu Malaysia ke separuh akhir bola sepak Piala Tiger.
Bicskei berkata, sebelum perlawanan, beliau melihat kehadiran penonton yang ramai bakal memberikan kejayaan kepada pasukannya walaupun Malaysia ketinggalan 1-0 pada babak pertama dan jangkaannya tepat apabila anak buahnya bangkit pada babak kedua dengan penyerang, Khalid Jamlus menjaringkan kedua-dua gol.
``Penonton juga menyumbang kepada kemenangan penting ini. Kehadiran mereka telah menyuntik semangat kepada pasukan untuk bermain lebih baik terutama pada separuh masa kedua,'' katanya selepas skuad negara menewaskan Thailand 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
``Selepas melihat persembahan kami malam ini, kami pasti penonton akan terus datang untuk memberi sokongan pada perlawanan akan datang,'' katanya.
Mengenai perlawanan, jurulatih dari Hungary itu berkata beliau tidak gembira dengan keadaan padang yang kurang baik.
``Permukaan padang hanya baik di bahagian pertahanan. Persembahan kita juga kurang kemas pada babak pertama dan banyak pemain melakukan kesilapan.
``Tetapi kebangkitan pada babak kedua telah melenyapkan situasi separuh pertama itu,'' katanya.
Bicskei turut memuji persembahan Khalid.
``Dia bermain lebih baik berbanding sebelumnya,'' katanya.
Wira skuad negara, Khalid pula melahirkan rasa syukur apabila dua jaringannya membawa Malaysia ke separuh akhir pada 28 Disember ini.
Tetapi penyerang itu, yang akan menyarung jersi Selangor pada musim depan, menyifatkan kemenangan yang dicapai bukan sahaja atas usahanya tetapi juga dibantu oleh rakan sepasukan yang bertungkus lumus berjuang hingga ke wisel penamat.
``Kemenangan ini juga kami hadiahkan kepada peminat yang datang memberikan sokongan tanpa berbelah bagi sekalipun ramalan awal lebih memihak kepada Thailand.
``Kata-kata Bicskei ketika rehat menjadi azimat kepada saya serta rakan-rakan dan kami telah membuktikan sepanjang tempoh berbaki 45 minit lagi, kami bermain begitu baik dan dua peluang mencipta jaringan tidak saya sia-siakan,'' tegas Khalid.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan