Selasa, 30 Mei 2017

Nelo Vingada mulakan sesi latihan pertamanya



 nelo-jurulatih
nelo-jurulatih           
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya yang baru dilantik, Nelo Vingada bersama Penolong Jurulatih, Tan Cheng Hoe ketika sesi latihan pertama bagi persediaan saingan kelayakan Perlawanan Piala Asia menentang Lebanon di Padang Seri Gelam, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE/ Gambar NUR AISYAH MAZALAN

Mohd. Khairul Mohd. Ali

30 Mei 2017 10:31 AM

JOHOR BAHRU 30 Mei - Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baharu, Nelo Vingada memulakan sesi latihan pertamanya di Padang Sri Gelam, di sini malam tadi.

Jurulatih kelahiran Portugal itu dilihat memberikan kata-kata semangat kepada anak buahnya sewaktu memulakan sesi latihan pada pukul 10.30 malam tadi.

Turut hadir, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Penolong Jurulatih, Tan Cheng Hoe turut dilihat bersama dalam sesi latihan tersebut.

Sesi latihan ini merupakan persiapan pasukan kebangsaan dalam menghadapi Lubnan di peringkat kelayakan Piala Asia yang bakal berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini pada 13 Jun ini.

Seramai 14 pemain kelihatan termasuk Amri Yahyah, Safee Sali, Akram Mahinan, Shahrul Saad, Mathew Davies dan Shahrom Kalam.

Kesemua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan tidak terlibat dalam sesi latihan kerana berada di Filipina bagi menghadapi saingan Piala AFC 2017. - UTUSAN ONLINE

sumberArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/nelo-vingada-mulakan-sesi-latihan-pertamanya-1.487589#ixzz4iZRfPCWk
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan