Jumaat, 5 Mei 2017

Syamsuri layak dianggap wira

ARKIB : 30/12/2004
JAKARTA - Liew Kit Kong mungkin boleh dianggap wira yang membantu Malaysia menenggelamkan keyakinan Indonesia dalam pertemuan separuh akhir pertama kejohanan bola sepak Piala Tiger di Stadium Gelora Senayan, kelmarin tetapi pujian juga tidak sepatutnya terlepas daripada seorang lagi pemain - Mohamad Syamsuri Mustafa.
Penjaga gol Terengganu itu bertindak cemerlang untuk menafikan Indonesia mendapat sekurang-kurangnya tiga gol pada malam itu ketika skuad negara jelas buntu dalam membuat gerakan dan hanya diselamatkan oleh dua percubaan yang disempurnakan dengan baik oleh sayap kiri, Kit Kong untuk membolehkan Malaysia menang 2-1.
Kecemerlangan Syamsuri malam itu sekali gus membasuh kesilapan yang dilakukannya ketika Malaysia kalah 1-0 kepada Myanmar dalam persaingan di peringkat kumpulan.
Kepercayaan yang diberikan terhadapnya oleh ketua jurulatih, Bertalan Bicskei dan jurulatih penjaga gol, Lim Chuan Chin jelas terbalas.
``Dia masih penjaga gol nombor satu,'' kata Chuan Chin, mengulas mengenai permainan Syamsuri.
``Kesilapan ketika menentang Myanmar itu disebabkan oleh keadaan padang yang buruk.''
Katanya lagi, Syamsuri, 25, masih muda dan perlu diberi peluang untuk membuktikan kebolehan dirinya dan memerlukan lebih banyak pendedahan.
Seorang lagi pemain yang menonjol kelmarin ialah pemain pertahanan, Norhafiz Zamani Misbah yang mempamerkan permainan tipikalnya - tenang dan dan sukar dilepasi oleh barisan hadapan Indonesia.
Norhafiz Zamani juga menyelamatkan Malaysia pada minit-minit terakhir apabila menanduk keluar bola di atas garisan gol.
Bagaimanapun, masih ada 90 minit permainan lagi apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam separuh akhir kedua di Bukit Jalil, Sabtu ini.
Selain itu, rahsia kemenangan Malaysia dilihat berkaitan dengan semangat para pemain yang tidak mudah luntur seperti sebelum ini.
Anak-anak buah Bicskei ketinggalan 1-0 seawal minit keenam oleh jaringan Kurniawan Dwi Yulianto tetapi tetap mengekalkan tumpuan terhadap permainan dengan meneruskan usaha membuat gerakan ke arah kubu lawan.
Kemenangan itu sekali gus meletakkan Malaysia selaku pilihan untuk mara ke perlawanan akhir, bertemu sama ada Myanmar atau Singapura.
Bagaimanapun, Indonesia masih tidak boleh dipandang rendah kerana mereka terkenal dengan semangat kental dan berusaha sehingga minit terakhir pada perlawanan kedua nanti.
Jika mereka mengekalkan rentak permainan seperti yang dipamerkan pada 20 minit pertama dan pada 10 minit terakhir dalam perlawanan di sini, tidak mustahil lawatan ke Bukit Jalil akan membuahkan hasil. - Utusan

1 ulasan:

  1. SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO.
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    Sky777 I Scr888 I Lpe88 I Joker I Sky99 I Gw99.

    WECHAT / WHATSAPP
    013-302-6666

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 500+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    BalasPadam