ARKIB : 05/06/2005
SINGAPURA - Dendam untuk
menebus empat kekalahan sebelum ini tertunai juga apabila dua gol menerusi
penyerang lincah Noh Alam Shah sudah cukup membantu Singapura menewaskan
Malaysia 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Kallang di sini,
semalam.
Pertembungan kedua-dua pasukan
yang sememangnya menjadi tumpuan sekali pun sekadar perlawanan persahabatan
tetapi tetap menjadi tumpuan.
Skuad kebangsaan yang turun
tanpa beberapa pemain utama antaranya ialah Indra Putra Mahayuddin, Muhammad
Khalid Jamlus, Liew Kit Kong dan ketua pasukan Rosdi Talib jelas tidak berupaya
menyaingi kehebatan Singapura.
Perlawanan tersebut jelas di
dominasi sepenuhnya oleh Singapura dengan serangan bertali arus ke benteng
pertahanan skuad kebangsaan.
Benteng pertahanan hanya mampu
bertahan sehingga minit ke-32 sebelum Noh Alam bertindak cemerlang meledakkan
jaringan menggegar gawang Malaysia selepas menerima hantaran cantik pemain
kelahiran Nigeria, Itimi Dickson.
Jentera serangan skuad
kebangsaan yang diterajui oleh Hairuddin Omar jelas tidak mampu menembusi
kekebalan benteng Singapura.
Sebaliknya, Noh Alam mencuri
perhatian peminat di Stadium Nasional Kallang kira-kira tiga minit perlawanan
hendak ditamatkan dimasa kecederaan, dia sekali lagi bertindak cemerlang untuk
menjaringkan gol kedua milik tuan rumah.
Skuad kebangsaan akan berdepan
dengan Singapura untuk perlawanan persahabatan kedua di Pulau Pinang pada 8 Jun
ini.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4iZo8a7Ci
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan