Jumaat, 30 September 2016

Tiada masalah pemain lapor diri awal



 
Kuala Lumpur: Tan Cheng Hoe berpendapat beliau dan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tidak mempunyai halangan melepaskan pemain mereka menyertai latihan pusat skuad kebangsaan lebih awal.

Beliau yang pernah menjadi penolong jurulatih Harimau Malaysia memahami situasi dihadapi pengendali Datuk Ong Kim Swee dalam mempersiapkan pasukan menghadapi Piala AFF pada November ini.

“Bagi Kedah, kami tidak ada masalah untuk membenarkan pemain melaporkan diri awal bersama skuad kebangsaan jika tidak terikat dengan mana-mana perlawanan.

“Pemain memerlukan sedikit masa untuk membentuk kecergasan, persefahaman dan pemahaman taktikal bersama skuad kebangsaan.

“Memang ikut peraturan FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) pemain perlu melaporkan diri empat hari sebelum perlawanan tapi kita boleh guna budi bicara untuk pemain datang awal berlatih. Apapun terpulang kepada pihak pengurusan pasukan masing-masing,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Akhbar ini melaporkan tiga pemain Zaquan Adha Abd Radzak, Darren Lok dan Irfan Fazail hanya sempat berlatih sehari bersama skuad kebangsaan selepas dipanggil pulang pihak pengurusan kelab Johor Darul Ta’zim II (JDT II) kelmarin.

Menurut Kim Swee, beliau menerima surat rasmi mengenai keputusan itu semalam atas alasan kelab berkenaan ingin mematuhi peraturan FIFA dan hanya akan melepaskan pemain Isnin ini, iaitu empat hari sebelum perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Singapura di Stadium Nasional negara itu pada 7 November ini.

KFA membenarkan tiga pemain Baddrol Bakhtiar, Syazwan Zainon dan Mohd Rizal Ghazali melaporkan diri awal Ahad ini selepas selesai perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

“Bukan hanya skuad kebangsaan malah tiga pemain utama kami akan bersama skuad bawah 22 tahun, Ahad ini. Sebagai jurulatih memang agak bimbang jika berlaku kecederaan kerana kami akan mengharungi separuh akhir kedua Piala Malaysia.

“Tapi dalam konteks ini, kecederaan boleh berlaku di mana-mana saja dan kita kena fikir positif, pemain akan ada keyakinan dan pemahaman taktikal menjadi lebih baik jika bermain di peringkat antarabangsa,” jelas Cheng Hoe.

Sementara itu bagi Setiausaha Agung FELDA United Zulkarnain Mohamad, tiada isu bagi mereka untuk melepaskan awal dua pemain Ahmad Fakri Saarani dan Hadin Azman yang kini sedang berlatih bersama skuad kebangsaan.

“Lagi awal mereka berlatih lagi bagus kerana sekarang pasukan FELDA sedang bercuti. Lagi ramai yang dipanggil ke skuad kebangsaan lagi bagus kerana ini matlamat kami untuk membantu skuad kebangsaan,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 September 2016 @ 8:10 AM

Bagi 'can' lah...

Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pengurusan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) diminta lebih berlembut dalam soal latihan pusat skuad negara biarpun jelas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ada menggariskan peraturan mewajibkan pemain hanya perlu melaporkan diri empat hari sebelum sesuatu perlawanan.

Pandangan itu disuarakan bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali (gambar) yang mengakui beliau sudah sampai ke tahap simpati terhadap pengendali Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee apabila perancangannya sering diganggu ketika tempoh saingan Piala AFF semakin hampir November ini.

Jelasnya, walaupun mungkin wujud rasa tidak puas hati antara pengurusan pasukan kelab itu dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ia boleh diselesaikan cara baik tanpa mengheret pasukan kebangsaan ke dalam masalah mereka.

“Apa yang dilakukan JDT II itu bagi saya mengikut peraturan dalam statut FIFA. Jadi, Kim Swee sememangnya perlu akur dengan situasi berkenaan.

“Begitupun, saya rasa kelab itu juga perlu berlembut sedikit dengan melepaskan pemain mereka lebih awal untuk menjalani latihan kerana seluruh rakyat Malaysia juga tahu apa masalah yang dialami jurulatih.

“Sudahlah pemain bersara, kemudian ada yang mengalami kecederaan, jadi apalah salahnya diberi kelonggaran untuk Kim Swee melatih lebih lama sedikit daripada tempoh empat hari yang ditetapkan itu.

“Kita kena faham ini persiapan pasukan Malaysia. Kalau mereka gagal di Piala AFF nanti, sudah tentu imej negara akan jatuh. Jadi bantulah, walaupun tak banyak, sikit pun jadilah,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Kelmarin, kem negara menerima kejutan apabila tiga pemain JDT II - Zaquan Adha Abd Radzak, Irfan Fazail dan Darren Lok - diarahkan pulang pihak pengurusan kelab mereka selepas baharu menjalani latihan di Wisma FAM Isnin lalu.

Keputusan untuk memanggil balik pemain itu mengejutkan pengendali Datuk Ong Kim Swee yang mahu mengadakan latihan lebih awal bersama 13 pemain tidak terikat dengan mana-mana pertandingan ketika ini.

Berdasarkan situasi terbaru itu, ia pasti memberi tekanan kepada Kim Swee ketika pencabar mereka di peringkat Kumpulan B nanti Myanmar dan Vietnam tenang dengan persiapan masing-masing.

Malah, sehingga kini, pengendali dari Melaka itu dilihat ‘bereksperimen’ apabila masih tercari-cari pemain untuk membarisi skuad negara di kejohanan serantau yang dianggap seperti ‘Piala Dunia ASEAN’.

“Kalau keadaan seperti ini berterusan, saya nasihatkan Kim Swee agar melupakan terus khidmat pemain dari kelab itu dan beri peluang kepada mereka yang betul-betul mahu mewakili negara,” katanya.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 September 2016 @ 8:42 AM

Pemain JDT II tinggalkan kem latihan Harimau Malaysia



Rabu, 28 September 2016 @ 6:16 PM
 Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor Zulfaizan@bh.com.my
 
ZAQUAN Adha Abd Radzak, Irfan Fazail dan Darren Lok. KELANA JAYA: Tiga tonggak Johor Darul Ta'zim II (JDT II) meninggalkan kem latihan skuad kebangsaan malam tadi selepas dipanggil pulang secara tiba-tiba oleh kelab terbabit.

 Zaquan Adha Abd Radzak, Irfan Fazail dan Darren Lok, yang melaporkan diri di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam tidak kelihatan pada sesi latihan hari kedua, hari ini.

Malah, perkara itu disahkan Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, yang menjelaskan tiga tonggak berkenaan dipanggil pulang oleh pasukan JDT II. "Saya dimaklumkan mereka menerima arahan untuk pulang ke pasukan semalam.

 "Kita juga menerima surat daripada pasukan terbabit pagi tadi yang menyatakan mereka hanya akan dilepaskan mengikut peraturan yang ditetapkan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) iaitu empat hari sebelum perlawanan," katanya sebentar tadi.

 Tiga tonggak terbabit melaporkan diri bersama 10 pemain lain, semalam bagi persediaan perlawanan persahabatan kelas A berdepan Singapura dan Afghanistan pada 7 dan 11 Oktober ini.

SUMBER- : http://www.bharian.com.my/node/196999

Bakri pelik langkah JDT II panggil pulang pemain



Jumaat, 30 September 2016 @ 12:11 PM
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my
 
Bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni. - Foto Mohd Yusni Ariffin KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni mengakui pelik dan berasa aneh dengan keputusan pengurusan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) yang bertindak memanggil pulang tiga pemain mereka hanya selepas sehari menyertai kem latihan skuad kebangsaan.

Tiga tonggak terbabit adalah Zaquan Adha Abd Radzak, Irfan Fazail dan Darren Lok yang melaporkan diri Selasa lalu sebelum dipanggil pulang pada malam hari yang sama. Bakri menjelaskan pengurusan pasukan itu sepatutnya sudah melarang dari awal lagi jika tidak bersetuju pemain mereka menyertai latihan skuad kebangsaan.

      "Sebagai pemain, mereka ada majikan dan sudah tentu mereka memaklumkan kepada majikan dahulu sebelum menyertai latihan pusat. "Malah, jika majikan tidak benarkan, dari awal lagi mereka tidak laporkan diri. Jadi, datang dan panggil balik, saya pun tidak faham. Ada muslihat ke macam mana saya tak tahu," katanya kepada BH Sukan.

      Berdasarkan surat yang dihantar pihak JDT II, pagi kelmarin menyatakan tiga pemain terbabit hanya akan dilepaskan empat hari sebelum perlawanan seperti yang termaktub dalam peraturan FIFA. Ia adalah kes kedua membabitkan pemain dari selatan tanah air itu yang dipanggil pulang selepas perkara sama terjadi kepada tonggak JDT, Dominic Tan yang didakwa 'lari' dari skuad Projek Sukan SEA 2017, awal bulan ini. Selain itu, Bakri turut berharap perkara sama tidak berulang kepada pasukan lain yang mana ia dianggap boleh mempengaruhi sikap pemain yang akan menjadi pemimpin dalam bola sepak pada masa hadapan.

SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/197523

Darren terkejut dapat panggilan Kim Swee



28 September 2016 12:21 AM

DARREN LOK (kanan) menjalani latihan bersama skuad negara di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam untuk
DARREN LOK (kanan) menjalani latihan bersama skuad negara di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam untuk

DARREN LOK (kanan) menjalani latihan bersama skuad negara di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam untuk persediaan menentang Singapura dalam perlawanan persahabatan. UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

PETALING JAYA 27 Sept. – Pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Darren Lok mengakui terkejut apabila mendapat panggilan menyertai sesi latihan skuad senior negara tetapi dalam masa sama meletakkan harapan tinggi untuk menyarung jersi Harimau Malaysia yang akan bersaing dalam kempen Piala AFF 2016 di Myanmar, November ini.

Pemain kelahiran England itu, yang pernah beraksi selaku penye­rang Eastbourne Borough yang bersaing dalam divisyen kelima liga Inggeris, berkata kini dia mahu memanfaatkan peluang yang diberikan oleh jurulatih Datuk Ong Kim Swee.

Darren adalah antara 25 nama yang dipanggil untuk menyertai persiapan menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa iaitu menentang Singapura pada 7 Oktober dan Afganisthan pada 11 Oktober.

“Saya agak baru di sini (Malaysia) dan corak permainan di sini juga amat berbeza dengan bola sepak di England malah tekanan sentiasa ada tetapi saya harus hadapi de­ngan baik dan menikmati bola sepak.

“Matlamat saya adalah untuk bersama skuad kebangsaan menghadapi Piala AFF tetapi buat masa ini saya hanya boleh fokus apa yang akan berlaku di dalam tempoh dua minggu bermula dari sekarang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma FAM, di sini hari ini.

Sementara itu, Darren mengakui dia tidak berasa kekok menyertai kem latihan Harimau Malaysia kerana rakan sepasukannya dalam pasukan JDT II, Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak dan Irfan Fazail turut mendapat panggilan.

“Keadaan sentiasa menjadi mudah apabila anda datang de­ngan seseorang yang sudah dikenali seperti rakan sepasukan saya dari JDT II dan ini memudahkan saya lagi,” katanya.
- SUMBER http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/darren-terkejut-dapat-panggilan-kim-swee-1.387919#sthash.XT4qbufa.dpuf

Khamis, 29 September 2016

KAPS PEMAIN BOLA SEPAK MALAYSIA SEHINGGA SEPTEMBER 2016



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

BIL
NAMA
UMUR
KAPS
GOL
1.
MOHAMAD FADHLI MOHD SHAS
25
51
0
2.
MOHD AMRI YAHYAH
35
60
12
3.
MOHD AZRIF NASRULHAQ BADRUL
25
09
0
4.
MOHD KHAIRULAZHAN KHALID
27
04
0
5.
AHMAD HAZWAN BAKRI
25
14
6
6.
VEENOD A/L SUBRAMANIAM
28
01
0
7.
ADAM NOR AZLIN
20
00
0
8.
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
27
39
0
9.
RIZAL GHAZALI
23
0
0
10.
HADIN AZMAN
22
0
0
11.
KHUZAIMI PIE
22
0
0
12.
MOHD IRFAN FAZAIL
25
01
0
13.
MOHAMAD ZAQUAN ADHA
29
27
4
14.
SHAHRUL MOHD SAAD
23
02
0
15.
M HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM J
23
00
0
16.
ABDUL LATIFF SUHAIMI
27
01
0
17.
MUHAMMAD FAKRUL AIMAN SIDID
27
01
0
18.
BADDROL BAKHTIAR
28
43
6
19.
AHMAD FAKRI SAARANI
27
27
2
20.
RONNY HARUN
32
11
0
21.
SAZWAN ZAINON
26
0
0
22.
MATTHEW THOMAS DAVIES
21
06
0
23.
MUHAMMAD SAFAWI RASID
19
01
0
24
FAZRUL HAZLI KADRI
27
0
0
25
NAZIRUL NAIM CHE HASHIM
23
2
0
26
DARREN LOK
25
0
0