03 September 2016 12:17 AM
Pemain Malaysia, Muhammad Shafiq Ahmad (kiri) menanduk
bola sambil
Pemain Malaysia, Muhammad Shafiq Ahmad (kiri) menanduk
bola sambil diasak oleh penjaga gol Bahrain, Yaqoobb Saleh dalam perlawanan
persahabatan Bawah 22 di Stadium UiTM, Shah Alam semalam. utusan/Suriya Bonma
SHAH ALAM 2 Sept. – Ketua jurulatih skuad bawah 22 negara
(B-22), Frank Bernhardt menyalahkan kesilapan individu sebagai punca kepada
kekalahan saat akhir pasukannya kepada Bahrain B-22 dalam perlawanan
persahabatan di Stadium UiTM Shah Alam hari ini.
Bernhardt berkata, berdasarkan persembahan yang
dipamerkan, pasukannya mampu mencatat keputusan sekurang-kurangnya seri namun
disebabkan kesilapan individu pihak lawan berjaya menjaringkan gol kemenangan
2-1 pada penghujung permainan.
“Apa yang saya pasti, kami tidak sepatutnya tewas dalam
perlawanan ini. Perlawanan pada hari ini tidak begitu bagus seperti sebelum
ini. Kami ada peluang untuk menjaringkan gol namun gagal melakukan penyudah
yang baik.
“Kekalahan ini tidak mempunyai kaitan dengan tahap
kecergasan pemain cuma kesilapan individu telah menjadi punca kepada pasukan
lawan dapat menjaringkan gol dan akhirnya kami terpaksa akur dengan keputusan
perlawanan. Kami akui, jentera serangan perlu dipertajamkan lagi,” katanya
kepada pemberita selepas perlawanan.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/penyudah-tumpul-sekali-lagi-kecewakan-bernhardt-1.377712#sthash.hNbQkKJa.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan