RABU, 7 SEPTEMBER 2016 @ 12:04 AM
Garuda aibkan Harimau Malaysia di Solo
KUALA LUMPUR: Harimau Malaysia dimalukan pasukan jiran,
Indonesia selepas tewas 0-3 pada aksi persahabatan Kelas A di Stadium Manahan,
Solo sebentar tadi. Lebih perit untuk diterima, ia adalah perlawanan
antarabangsa pertama skuad Garuda selepas lebih setahun berdepan penggantungan
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Ia sama sekali berbeza dengan skuad Harimau Malaysia yang
mendapat banyak pendedahan di peringkat antarabangsa terutama pada aksi
kelayakan Dunia 2018/Piala Asia 2019 dan siri jelajah di Oceania pada Jun lalu.
KAPTEN Indonesia, Boaz Solossa. -Sumber tribunnews.com
Indonesia hanya memerlukan tujuh minit untuk berada di depan menerusi jaringan
kapten Boaz Solossa selepas kesilapan Fadhli Mohd Shas yang gagal mengeluarkan
bola di kawasan bahaya.
Empat minit kemudian, gawang Harimau Malaysia bocor lagi
apabila Irfan Bachdim tenang menyempurnakan hantaran Solossa. Tidak cukup
dengan itu, Solossa sekali lagi menghukum kealpaan benteng skuad kendalian
Datuk Ong Kim Swee untuk meledak gol ketiga pada minit ke-21.
Harimau Malaysia cuba bangkit mencari gol pertama di
babak kedua namun berjaya dipatahkan pertahanan Indonesia. Kedudukan 3-0
memihak Indonesia kekal hingga ke wisel penamat dan bagi Kim Swee, dia sudah
pasti perlu melakukan kerja keras menjelang saingan Piala AFF Suzuki yang akan
bermula 19 November ini.
SUMBER-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/190400
Tiada ulasan:
Catat Ulasan