FAHMI (kanan) memeriksa pasport perjalanan ke Solo.
Kuala Lumpur: Jurulatih penjaga gol negara, Yong Wai
Hwang mengakui pening memikirkan calon paling layak untuk disenaraikan dalam
kesebelasan utama ketika menentang Indonesia pada aksi persahabatan
antarabangsa di Stadium Manahan, Solo, esok.
Menurutnya, aksi tiga penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat
(Kelantan), Khairul Azhan Khalid (Selangor) dan Hafizul Hakim (Perak) sepanjang
sesi latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) cukup baik sekali gus
menyukarkannya memilih siapakah yang layak untuk diturunkan nanti.
Katanya, biarpun Khairul Fahmi memiliki pengalaman luas
kerana sudah lama bersama skuad kebangsaan, kebolehan dan kesungguhan dua lagi
penjaga gol tidak bo
leh diketepikan begitu saja.
“Seperti biasa Khairul Fahmi menunjukkan kematangan
selaku pemain senior dalam pasukan. Dia sudah serasi dengan corak latihan saya
selama ini.
“Namun, Khairul Azhan dan Hafizul juga memberi saingan
sihat kepada Khairul Fahmi. Biarpun kedua-duanya tidak mempunyai pengalaman
luas, saya terpikat dengan komitmen dan disiplin tinggi mereka.
“Ini akan bagi masalah utama kepada saya untuk memilih.
Namun memandangkan aksi ini adalah pertemuan persahabatan, mungkin saya akan
beri peluang kepada ketiga-tiganya untuk beraksi,” katanya kepada Arena Metro,
semalam.
Jelasnya lagi, ada dua kriteria penting dititik beratkan
sebelum memilih calon paling layak untuk mengawal gawang negara daripada
dibolosi.
“Ada pelbagai aspek akan dilihat, namun saya lebih gemar
kepada elemen ketenangan yang ada pada seseorang penjaga gol. Selain itu,
karakter juga penting tapi saya akui mereka bertiga memiliki karakter positif,”
katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September
2016 @ 9:29 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan