ARKIB : 02/05/1998
Olimpik 2000 benam Sarawak
TIGA LAWAN SATU ...Pemain
Sarawak Bobby Pian (kiri sekali), Mohd. Dahlan Mat Ussin (no 12) dan Ibrahim
Mantali (kanan sekali) mengepung pemain Olimpik 2000 pada perlawanan Liga
Perdana Satu di Stadium Merdeka, malam tadi. - Gambar ZAKI JILAN.
OLIMPIK 2000 menempa kemenangan
pertama apabila membenam kehebatan juara Liga Perdana musim lalu dan juara
Piala Sumbangsih Sarawak 1-0 dalam perlawanan Perdana Satu di Stadium Merdeka
malam tadi, lapor AMRAN MULUP.
Gol kemenangan Olimpik
diperoleh menerusi sepakan penalti pemain pertahanan M. Gopalan pada minit
ke-12 mencalarkan kekalahan kedua Bujang Senang.
Ini merupakan kemenangan sulung
Olimpik daripada enam perlawanan selepas tewas tiga perlawanan kepada Perak
(1-0), Negeri Sembilan (2-1) dan Sabah (2-0) selain dua keputusan seri ke atas
Brunei dan Kedah dengan keputusan seri 0-0.
Keputusan Sarawak tidak
menurunkan dua tenaga utama, Alistair Edwards dan Billy Bone menganggap mudah
tugas sebagaimana dilalui oleh Sabah, nyata meleset.
Sebaliknya Olimpik 2000 jelas
menguasai sebahagian dari pentas saingan dengan gerakan-gerakan menarik untuk
menenggelamkan kehebatan Sarawak.
Olimpik yang masih terasa
dengan kekalahan 0-2 kepada Sabah Sabtu lalu tangkas menyerang sebaik wisel
bermula.
Seawal minit pertama Chow Chee
Weng meledakkan rembatan kencang tetapi tepat menuju ke arah penjaga gol
Sarawak, Mazlan Wahid yang mudah menangkap kemas.
Sebaliknya Sarawak beraksi
tanpa Alistair dan Bone jelas gagal merencanakan gerakan-gerakan cantik yang
jelas dikuasai oleh Olimpik.
Hanya selepas 12 minit babak
pertama berlangsung kebuntuan jaringan gol menjadi milik Olimpik menerusi
sepakan penalti pemain pertahanan M. Gopalan.
Pengadil Nik Ahmad Nik Yaacob
tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti selepas Ahmad Fairuz Yunus
menjatuhkan V. Saravanan di kotak penalti.
Selepas itu Sarawak tambah
pincang apabila hilang khidmat penyerangnya Shamsurin Abdul Rahman yang
terpaksa diusung keluar selepas berlaga dengan Johnny Joseph.
Setiap serangan yang diatur
oleh Sarawak mudah saja dipatahkan oleh benteng pertahanan Olimpik yang
diketuai oleh S. Jayaprakash.
Tiga minit babak kedua bermula
Rosli Derus nyaris-nyaris menambah gol kedua selepas menggelecek dua pertahan
pelawat sepakannya tidak menuju kesasaran.
Pada minit ke-67, Bobby Chua
cuba meringankan beban Sarawak namun rembatannya dari luar kotak penalti
melewati beberapa inci palang gol.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4JCupyptu
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan