NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
1 SEPTEMBER 2016
Pemain negara, Matthew Davies cuba melepasi halangan
Salman Ali Abdulla pada perlawanan persahabatan antarabangsa antara skuad B22
Malaysia menentang B22 Bahrain di Stadium Shah Alam, kelmarin.
PENGENDALI skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Frank
Bernhardt tetap memuji barisan pemainnya walaupun mereka hanya seri tanpa
jaringan menentang Bahrain dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah
Alam, kelmarin.
Bernhardt berkata, kekecewaannya terhadap keputusan itu
sedikit terubat apabila barisan pemainnya memberikan aksi terbaik dalam
perlawanan menentang anak didik Marjan Eid tersebut.
Menurutnya, nasib menjadi penentu apabila barisan
pemainnya gagal memanfaatkan peluang
“Saya cukup bangga dengan apa yang telah pemain tunjukkan
sepanjang perlawanan. Mereka bermain dengan amat baik seperti yang telah
diarahkan.
“Kami mendapat banyak peluang untuk menjaringkan gol
tetapi malangnya, pemain gagal menyempurnakannya. Namun mereka bermain dengan
baik dan konsisten sehingga ke wisel penamat," katanya.
Kedua dua pasukan akan bertemu sekali lagi di Stadium
UiTM, Shah Alam jam 4.30 petang, Jumaat ini.
Mengulas lanjut, pengendali dari Jerman itu tidak menolak
kemungkinan akan melakukan perubahan bagi memastikan kemenangan dapat dicapai.
“Saya akan lakukan beberapa perubahan dalam pasukan untuk
mendapatkan keputusan positif Jumaat ini.
“Walaupun permainan baik dipamerkan pemain pemain namun
jika tiada jaringan, ianya tidak akan bermakna.
"Jadi, ianya sesuatu yang perlu diperbaiki bagi
menghasilkan keputusan yang lebih baik,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Jurulatih Bahrain, Marjan Eid berkata,
Malaysia memiliki pemain yang baik selain kekuatan fizikal yang konsisten
sehingga ke akhir permainan.
“Pemain saya sukar membolos gawang Malaysia tetapi saya
puas hati dengan persembahan skuad saya," ujarnya.
SUMBER-SINAR
HARIAN 1 SEPTEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan