28
September 2016 12:21 AM
DARREN
LOK (kanan) menjalani latihan bersama skuad negara di Wisma FAM, Petaling Jaya
semalam untuk
DARREN
LOK (kanan) menjalani latihan bersama skuad negara di Wisma FAM, Petaling Jaya
semalam untuk persediaan menentang Singapura dalam perlawanan persahabatan.
UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN
PETALING
JAYA 27 Sept. – Pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Darren Lok mengakui
terkejut apabila mendapat panggilan menyertai sesi latihan skuad senior negara
tetapi dalam masa sama meletakkan harapan tinggi untuk menyarung jersi Harimau
Malaysia yang akan bersaing dalam kempen Piala AFF 2016 di Myanmar, November
ini.
Pemain
kelahiran England itu, yang pernah beraksi selaku penyerang Eastbourne Borough
yang bersaing dalam divisyen kelima liga Inggeris, berkata kini dia mahu
memanfaatkan peluang yang diberikan oleh jurulatih Datuk Ong Kim Swee.
Darren
adalah antara 25 nama yang dipanggil untuk menyertai persiapan menghadapi dua
perlawanan persahabatan antarabangsa iaitu menentang Singapura pada 7 Oktober
dan Afganisthan pada 11 Oktober.
“Saya
agak baru di sini (Malaysia) dan corak permainan di sini juga amat berbeza
dengan bola sepak di England malah tekanan sentiasa ada tetapi saya harus
hadapi dengan baik dan menikmati bola sepak.
“Matlamat
saya adalah untuk bersama skuad kebangsaan menghadapi Piala AFF tetapi buat
masa ini saya hanya boleh fokus apa yang akan berlaku di dalam tempoh dua
minggu bermula dari sekarang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma
FAM, di sini hari ini.
Sementara
itu, Darren mengakui dia tidak berasa kekok menyertai kem latihan Harimau
Malaysia kerana rakan sepasukannya dalam pasukan JDT II, Mohamad Zaquan Adha
Abd. Radzak dan Irfan Fazail turut mendapat panggilan.
“Keadaan
sentiasa menjadi mudah apabila anda datang dengan seseorang yang sudah
dikenali seperti rakan sepasukan saya dari JDT II dan ini memudahkan saya
lagi,” katanya.
-
SUMBER
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/darren-terkejut-dapat-panggilan-kim-swee-1.387919#sthash.XT4qbufa.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan