Jumaat, 2 September 2016

Amri kapten Harimau Malaysia

02 September 2016 12:13 AM
 Amri Yahyah
Amri Yahyah
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Penyerang berpengalaman Amri Yahyah telah dilantik sebagai ketua pasukan Harimau Malaysia menggantikan Safiq Rahim yang bersara daripada saingan peringkat antarabangsa sebelum ini.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan perkara itu selepas mengadakan perbincangan bersama pegurus pasukan yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin.
Amri, 35, pernah memainkan peranan selaku ketua pasukan menggantikan Safiq ketika rakannya dalam kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengalami kecederaan.
“Kami bersetuju memilih Amri sebagai kapten kerana dia merupakan pemain senior yang paling konsisten bersama skuad kebangsaan.
“Dia memiliki ciri-ciri pemimpin yang sangat diperlukan kerana anggota skuad kali ini kebanyakannya adalah pemain muda,” katanya.
Kim Swee turut memberitahu, pemain tengah dari Kedah, Baddrol Bakhtiar dan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat akan menjadi penolong ketua pasukan.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/amri-kapten-harimau-malaysia-1.377343#sthash.MoAyyilm.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan