Kuala Lumpur:
Penolong pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengharapkan gandingan
bersama ketua jurulatih negara, Nelo Vingada mampu mengembalikan semula
kepercayaan peminat kepada skuad Harimau Malaya.
Jelas bekas
pengendali Kedah itu, kepulangan kali keduanya ke pangkuan Harimau Malaya
dianggap istimewa dengan beliau menyifatkan kepercayaan diberikan Presiden
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai satu
penghargaan.
“Saya begitu
gembira untuk bekerja bersama ketua jurulatih baru (Nelo Vingada) dan
menganggapnya sebagai penghormatan berkhidmat untuk negara.
“Saya sudah
berbual panjang dengan jurulatih untuk merangka beberapa perancangan bersama
skuad kebangsaan,” katanya kelmarin.
Tugas selaku
individu nombor dua dalam barisan kejurulatihan negara bukan sesuatu yang asing
buat Cheng Hoe.
Sebelum ini,
beliau dan bekas ‘bos’ Datuk K Rajagobal berjaya mencipta beberapa kejayaan
cemerlang seperti menamatkan kemarau kejuaraan Piala AFF apabila menjulang
trofi itu buat pertama kalinya pada 2010 selain merangkul emas Sukan SEA 2009
Laos.
Sementara itu,
Vingada menerima baik perlantikan Cheng Hoe sebagai penolongnya dan bersedia
berkongsi pengalaman serta mencurahkan ilmu kepada anak tempatan itu.
“Saya
dimaklumkan Cheng Hoe antara jurulatih terbaik di negara ini. Malah, beliau
juga memiliki pengalaman luas dan pernah bersama dengan FAM sebelum ini. Saya
percaya gandingan kami mampu menghadiahkan sesuatu buat pasukan kebangsaan,”
kata Vingada.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mei 2017 @ 9:42 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan