ARKIB : 05/01/2005
JURULATIH skuad bola sepak negara, Bertalan Bicskei kini mempunyai
satu perkara untuk dijadikan kerja rumah - menyelesaikan masalah
mudahnya pemain-pemain hilang semangat selepas menyaksikan persembahan
mereka dalam separuh akhir kedua Piala Tiger bertemu Indonesia di
Stadium Nasional, Bukit Jalil , kelmarin.
``Ini adalah satu pengalaman baru bagi saya. Saya tidak pernah bertemu dengan masalah seperti ini,'' katanya, sambil mengakui Indonesia adalah pasukan yang lebih baik.
``Saya tidak faham bagaimana mereka boleh jadi begitu.''
Masalah mudah patah semangat adalah perkara tipikal di kalangan ahli-ahli sukan negara.
Ia terus terbukti kelmarin apabila pemain-pemain negara tenggelam punca dan hilang tumpuan setelah kedudukan terikat 1-1. Indonesia menang 4-1 kelmarin dan mara ke perlawanan akhir dengan agregat 5-3.
Khalid Jamlus pada awalnya memberikan sinar kepada bola sepak Malaysia apabila menjaringkan gol cantik pada minit ke-29, tetapi selepas penyerang supersub, Kurniawan Dwi Yulianto, masuk menggantikan pemain pertahanan, Ismed Sofyan menyamakan kedudukan jaringan pada minit ke-59 segala kehebatan hilang daripada skuad negara.
Indonesia terus menguasai perlawanan dengan serangan bertali arus manakala skuad negara pula gagal menyempurnakan beberapa peluang.
Ketika skuad negara terus buntu untuk menambah gol, barisan pertahanan pula membuat kesilapan sehingga pemain-pemain Indonesia kelihatan mendapat ruang luas untuk melakukan gerakan.
``Saya minta maaf atas kekalahan ini,'' katanya. ``Saya paling kesal dengan permainan di babak kedua. Saya tidak faham mengapa pemain-pemain pertahanan boleh membuat kesilapan begitu mudah,'' kata Bicskei dengan nada kesal.
``Saya tidak faham kenapa ketahanan mental mereka terlalu lemah setelah Indonesia mengikat kedudukan 1-1. Ia amat berbeza ketika mereka bermain di Jakarta,'' katanya lagi.
``Sehingga hari ini (malam tadi), saya yakin mereka boleh bermain dengan baik sama ada di peringkat kumpulan mahu pun di Jakarta dan mereka telah menunjukkannya.''
``Kalau di Eropah, pemain-pemain-pemain bola sepak yang mudah patah semangat akan dipulangkan lesen masing-masing dan disuruh bekerja di kilang.''
Jaringan Khalid menambah keyakinan para penyokong Malaysia. Tetapi selepas kedudukan terikat 1-1 permainan anak-anak buah Bicskei mula berubah kepada kucar-kacir.
``Selepas kedudukan 1-1, pemain-pemain tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan, mereka tidak berlari, tidak mengejar bola,'' kata Bicskei.
``Bagaimanapun saya yakin mereka boleh bermain dengan baik. Saya akan menganalisis permainan menerusi rakaman video,'' katanya yang menambah bahawa tumpuan sekarang ialah berusaha untuk memenangi tempat ketiga bertemu Myanmar yang mengalahkan mereka 1-0 di peringkat kumpulan.
Rakan sejawatannya, Peter Withe pula berkata, kemampuan anak-anak buahnya mengubah sistem permainan menjadi formula kebangkitan dan kemenangan bergaya mereka.
Katanya, pemain-pemainnya amat faham bila tiba masa untuk menyerang dan bila ketikanya untuk bertahan.
Untuk menunjukkan penghargaannya kepada kehebatan Kurniawan, Withe berkata: ``Seorang rakan saya di Singapura pernah bertanya apakah saya mengenali pemain-pemain Indonesia apabila saya menerima tawaran melatih mereka. Saya katakan `tidak' dan dia memberitahu saya bahawa salah seorang pemain paling hebat ialah Kurniawan.
``Saya mula menyelidik mengenai permainan Kurniawan dan bertemunya serta bertanya apakah dia akan bermain dengan bersungguh-sungguh apabila disenaraikan dalam pasukan dan dia menjawab `ya','' kata Withe.
Jurulatih yang membawa Thailand muncul juara dua tahun lepas itu berkata, dia juga memiliki banyak pilihan untuk diletakkan sebagai penjaring gol kerana selain Kurniawan mereka juga memiliki Ilham Jaya Kesuma, Boas Salossa dan Elie Aiboy yang kesemuanya telah membuktikan kebolehan masing-masing.
Kurniawan, sungguhpun sekadar penyerang simpanan kecuali dalam separuh akhir pertama, kini telah menjaringkan lima gol, Boas empat, Elie tiga dan Ilham dengan tujuh gol untuk muncul penjaring terbanyak setakat ini.
Kurniawan pula berkata, selepas Malaysia mendahului, dia dan rakan-rakan sepasukannya tidak panik sebaliknya terus menguatkan semangat untuk mencari gol.
``Apa yang saya lakukan ialah berusaha bermain dengan setenang mungkin. Saya berkata kepada diri sendiri, walaupun ketinggalan 1-0 kami masih boleh bangkit dan menjaringkan gol,'' katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan