ARKIB : 08/01/2005
BIARPUN dikritik hebat selepas menampilkan persembahan hambar pada
saingan kejohanan Piala Tiger, skuad bola sepak negara telah pun
`menempah tiket awal' ke Sukan SEA di Filipina pada hujung tahun ini.
Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi yang percaya skuad kebangsaan masih perlu dihantar ke Manila atas faktor kepopularan sukan itu dan pentas untuk pendedahan pemain-pemain muda negara.
``Biarpun skuad kebangsaan kini bukan berada di tahap terbaik terutama selepas tewas 1-4 kepada Indonesia pada saingan pusingan kedua separuh akhir Piala Tiger, Isnin lepas, saya percaya mereka mampu bangkit dan memperbaiki kelemahan.
``Lagipun untuk penyertaan Sukan SEA, Malaysia akan menampilkan muka baru kerana had kelayakan umur untuk beraksi di Manila ialah 23 tahun,'' katanya di Kuala Lumpur, semalam.
Kok Chi berkata keputusan pertemuan dengan Myanmar untuk merebut tempat ketiga/keempat di Singapura pada 16 Jan depan mungkin menjadi ukuran bagi Panel Pemilihan Sukan SEA negara untuk menilai kembali prestasi skuad negara.
Beliau berkata pada mulanya, MOM menetapkan skuad negara perlu muncul naib-juara kejohanan Piala Tiger sebagai pentas untuk menilai prestasi bola sepak Malaysia.
Tetapi selepas gagal ke perlawanan akhir, katanya skuad kebangsaan perlu menewaskan Myanmar untuk meraih tempat ketiga bagi mengesahkan tiket awal ke Manila.
``Panel Pemilihan Sukan SEA akan bermesyuarat pada Julai depan bagi menilai prestasi acara berkumpulan sebelum menganggotai kontinjen negara ke Manila. Bola sepak adalah satu acara berpasukan selain bola keranjang dan bola lisut.
``Dari segi pungutan pingat, ketiga-tiga acara berpasukan tersebut tidak menjanjikan kepastian (untuk meraih pingat). Jika kita tidak menghantar mereka, maknanya Malaysia tidak mengambil bahagian dalam acara berpasukan,'' katanya.
Pada Sukan SEA edisi ke-22 di Vietnam pada 2003, skuad negara cuma meraih pingat gangsa selepas tewas 4-3 kepada tuan rumah, Vietnam, pada saingan separuh akhir.
Filipina akan menjadi tuan rumah Sukan SEA edisi ke-23 dari 27 November hingga 5 Disember ini. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan