Isnin, 29 Mei 2017

Harimau Malaya dibarisi 'kuda tua'



Jumaat, 26 Mei 2017 @ 11:17 PM
Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my
 
DATUK Peter Velappan.- Foto Osman Adnan KUALA LUMPUR: Pembabitan ramai pemain senior yang berusia lebih 30 tahun dalam skuad Harimau Malaya menimbulkan persepsi betapa pasukan itu dibarisi 'kuda tua' yang seolah-olah menafikan peluang pemain muda.

 Situasi itu diakui bekas pengendali skuad kebangsaan era 60-an, Datuk Peter Velappan yang melihat skuad kebangsaan terlalu bergantung kepada kelibat pemain yang dianggap sudah melebihi usia kemuncak terutama mereka yang berusia melebihi 30 tahun.

"Pada pandangan saya, 'usia emas' bagi pemain bola sepak adalah dalam lingkungan antara 22 hingga 26 tahun. Jadi jika skuad kebangsaan dibentuk dengan pemain dalam usia sebegini, saya pasti kita dapat menyaksikan perubahan dalam bola sepak negara.

"Namun, berdasarkan situasi semasa, kita mungkin kekurangan pemain muda berbakat atau yang berpotensi untuk diserap dalam skuad kebangsaan. "Oleh itu, keringat pemain berusia tetap ditagih setiap kali panggilan kebangsaan dilakukan. Apapun pada masa sama jika ada pemain berbakat sekalipun, berkemungkinan besar peluang mereka dinafikan kerana pengalaman pemain senior sering menjadi ukuran," katanya kepada BH Sukan, hari ini.

 Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu berkata memang tidak menafikan sumbangan dan pengalaman yang dimiliki kelompok pemain berusia terbabit, tetapi ia perlu diadun bersama keringat pemain muda bagi menghasilkan impak yang positif dalam skuad kebangsaan.

Berdasarkan 25 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan, sembilan daripada mereka berusia melebihi 30 tahun. Mereka ialah Shahrom Kalam, Safee Sali, Amri Yahyah, Safiq Rahim, S Chanturu, Azammuddin Mohd Akil, Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dan S Kunanlan. Lima lagi adalah pemain dalam lingkungan 28 dan 29 tahun manakala 10 daripadanya adalah dalam lingkungan usia antara 22 hingga 26 tahun

SUMBERSelanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/286865

Tiada ulasan:

Catat Ulasan