FOTO NUR AISYAH MAZALAN
VINGADA (kanan) dibantu Cheng
Hoe pada sesi latihan pertama skuad negara di Johor Bahru kelmarin.
TUGAS sukar dan mencabar
menanti jurulatih baharu Harimau Malaya, Martinho Braganza de Vingada atau
lebih dikenali sebagai Nelo Vingada untuk menyediakan pasukan yang mantap dalam
tempoh dua minggu.
Ujian pertama pengendali dari
Portugal itu ialah melayan kunjungan Lebanon dalam saingan Kumpulan B kempen
kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin
pada 13 Jun ini.
“Saya akui masa yang singkat
untuk mencari keserasian antara pemain adalah satu cabaran, lebih-lebih lagi
saya kurang mengetahui tentang cara bola sepak negara ini serta pemain-pemain.
“Bagaimanapun, saya ada
beberapa orang pembantu terutama pasukan kejurulatihan yang dapat memberi
panduan dalam mengemudi pasukan,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan
di Padang Seri Gelam, Johor Bahru kelmarin.
Pada sesi latihan itu, Vingada
tidak keseorangan, sebaliknya turut dibantu bekas jurulatih Kedah, Tan Cheng
Hoe yang turun selaku penolong jurulatih.
Seramai 15 pemain yang
dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan hadir pada sesi pemanas badan
termasuk dua tonggak senior, Safee Sali dan Amri Yahyah.
Baki 11 pemain Johor Darul
Ta’zim (JDT) tidak bersama-sama pada sesi latihan itu kerana berada di Filipina
bagi menentang Ceres Negros dalam saingan separuh akhir kedua Zon ASEAN Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia malam ini
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0531&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4ibm0U96G
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan