ARKIB : 23/01/2005
KUALA LUMPUR - Tiga pemain kebangsaan menjadi sandaran buat jurulatih
Bertalan Bicskei untuk mengemudi skuad bawah 23 yang akan menggalas
cabaran pada Sukan Perpaduan Islam yang dijadualkan berlangsung di Arab
Saudi dari 8 hingga 20 April depan.
Ketika skuad bawah 23 belum dihimpunkan nama tiga pemain yang membawa kejayaan kepada skuad kebangsaan muncul pemenang tempat ketiga pada Piala Tiger baru-baru ini menjadi harapan Bicskei.
Tiga pemain tersebut ialah Mohd. Ivan Mohd. Yusof, Mohd. Fadzli Saari dan Mohd. Nor Ismail.
Jurulatih bola sepak kebangsaan, Bertalan Bicskei berkata, hanya tiga pemain tersebut menjadi sandarannya untuk menjadi nadi kekuatan skuad bawah 23 ke Arab Saudi.
``Ketika ini saya hanya ada tiga pemain tersebut manakala barisan skuad bawah 23 masih belum dipilih dan sekurang-kurangnya dua sesi ujian pemilihan diperlukan sebelum saya mengenal pasti senarai antara 25 hingga 30 pemain,'' ujarnya ketika ditemui di sini semalam.
Menurut Bicskei, kehadiran ketiga-tiga pemain tersebut sekurang-kurangnya mampu menyuntik semangat pemain bawah 23 yang akan dipilih sebelum pertengahan bulan depan.
Katanya, ketika ini beliau mempunyai senarai 100 pemain yang dipilih sebelum bermulanya Piala Tiger tahun lalu.
Ujarnya, daripada jumlah tersebut ia akan ditapis kepada 70 pemain pada sesi ujian hujung bulan ini dan pada 7 hingga 9 Februari ini ia akan dikurangkan kepada 30 pemain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan