ARKIB
: 15/01/2005
Daripada:
A. JAILANI ABDULLAH
SINGAPURA
- ``Perlawanan esok (hari ini) pasti menarik,'' kata Bicskei.
``Semua
orang (pemain-pemain) akan mencuba yang terbaik untuk perlawanan esok.''
Itulah
janji atau sekurang-kurangnya yang mahu dipercayai oleh jurulatih skuad bola
sepak negara, Bertalan Bicskei menjelang perlawanan penentuan tempat ke-3/4
dengan Myanmar hari ini.
Malaysia
dikritik kuat oleh pihak media tanah air setelah menunjukkan permainan tidak
bermaya dan kalah 1-0 kepada Myanmar dalam perlawanan di peringkat kumpulan
sebelum ini.
Tetapi
Bicskei menganggap perlawanan itu sudah berlalu meskipun mengakui Myanmar
pertemuan di Bukit Jalil pada bulan lepas itu akan mereka gunakan sebagai
bekalan semangat pada pertemuan kali kedua nanti.
Bagi
jurulatih dari Hungary itu, pertemuan yang akan berlangsung di Stadium Jalan
Besar hari ini adalah berbeza dan semangat anak-anak buahnya telah meningkat
semula terutama selepas kalah kepada Indonesia pada separuh akhir.
Dia
menganggap kekalahan lepas itu adalah akibat kesilapan dalam bertahan dan
pemain-pemainnya telah belajar daripadanya.
``Pemain-pemain
telah bersungguh-sungguh ketika latihan. Semua mereka mahu menang,'' katanya
dalam sidang akhbar semalam.
``Mereka
sungguh bersemangat dan ternanti-nanti perlawanan ini.''
Tetapi
bagi Bicskei secara peribadi, walaupun jelas gembira dengan semangat dan
kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya, persembahan maksimum
daripada mereka adalah lebih penting daripada kemenangan itu sendiri.
``Jika
kami hanya menduduki tempat keempat, itu sudah menjadi adat pertandingan ada
kalah dan menang. Tetapi yang lebih penting ialah semua orang memberikan
persembahan terbaik,'' katanya.
Bicskei
juga mengakui bahawa siapa yang akan berada dalam kesebelasan utama sudah
tergambar di fikirannya tetapi beliau mahu mengambil kesempatan sehingga saat
akhir untuk memberi peluang kepada semua pemain menunjukkan kemampuan sebenar
masing-masing dan bersedia melakukan perubahan kepada barisan awalnya.
Mengenai
Myanmar yang dilihat banyak pihak sebagai kuda tempang kerana kehilangan tiga
pemain utama dan penjaga gol simpanannya, Bicskei yakin bahawa rakan
sejawatannya, Ivan Kolev kaya dengan pemain yang layak disenaraikan dalam
kesebelasan utama.
Dia
juga menganggap nasib buruk yang melanda Myanmar turut menimpa skuad
bimbingannya sendiri.
``Myanmar
masih saingan yang kuat kerana seperti kami mereka juga mempunyai lebih
daripada 11 pemain utama,'' katanya.
``Kalau
Myanmar kehilangan tiga pemain utama dan juga penjaga gol simpanannya, Malaysia
juga tidak dapat menggunakan khidmat V. Saravanan dan Amri Yahyah.
Saravanan
tidak dapat bermain setelah cedera ketika pertemuan menentang Thailand di
peringkat kumpulan dan terpaksa berehat enam bulan selepas kakinya dibedah
manakala penyerang Selangor, Amri digantung perlawanan setelah mengutip kad
kuning kedua ketika Malaysia kalah 4-1 pada separuh akhir kedua dengan
Indonesia.
Bicskei
juga melihat bahawa Myanmar mempunyai kelebihan dari segi sokongan peminat
kerana mereka pasti akan diberi sokongan oleh pekerja-pekerja dari negara itu
yang begitu ramai di sini.
``Saya
diberitahu
SUMBERArtikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4gM443Z9Q
©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan