Jumaat, 5 Mei 2017

Kaji kecergasan pemain

ARKIB : 05/01/2005
PARA pemain negara seperti tidak percaya mereka tewas 4-1 di tangan Indonesia kelmarin, selepas membenam lawan 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Tiger di Jakarta, minggu lepas.


MASALAH kecergasan para pemain pasukan bola sepak Malaysia menjadi faktor utama skuad negara tewas kepada Indonesia dengan agregat 5-3 pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Tiger, kelmarin.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Johor, Wan Nizam Wan Omar berkata, masalah itu perlu diberi perhatian memandangkan hampir semua pemain tidak dapat bertahan selama 90 minit.
Di samping itu, katanya, sikap terlalu yakin di kalangan pemain juga menyumbang kepada kekalahan Malaysia kepada Indonesia kerana menganggap kemenangan 2-1 pada separuh akhir pertama di republik itu dapat dipertahankan.
``Kedua-dua kelemahan itu perlu perhatian kerana Malaysia mempunyai peluang mara ke peringkat akhir,'' katanya di Johor Baharu, semalam.
Menurut Wan Nizam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mencari pendekatan sesuai untuk memperbaiki mutu permainan pemain jika tidak mahu melihat para peminat sukan tempatan terus kecewa dengan kekalahan pada masa akan datang.
Katanya, jika ia dibiarkan, masa depan bola sepak negara pasti gelap dan pada ketika ini FAM perlu mencari kaedah sesuai untuk memastikan skuad negara mampu bersaing bukan sahaja di tempat sendiri tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Tambahnya, sikap cepat berpuas hati menyebabkan segala impian negara menjuarai piala berkenaan berkecai sama sekali.
Sementara itu, jurulatih Selangor, Dollah Salleh enggan mengulas kelemahan mental pemain yang dikatakan punca kekalahan Malaysia kelmarin, sebaliknya berpendapat: ``Kita tewas kepada pasukan yang lebih baik.''
Beliau berkata, pasukan Indonesia terbukti lebih baik dari segi kemahiran individu dan mereka yang jauh lebih baik.
Katanya, serangan Indonesia menjadi sehingga mampu menjaringkan empat gol pada babak kedua.
``Perbezaan yang ketara antara pemain kita dan Indonesia ialah keupayaan mengawal bola atau kemahiran individu mereka yang tidak dapat ditandingi.
``Perhatikan cara penyerang mereka seperti Kurniawan Dwi Yulianto, Charis Yulianto, Ilham Jaya Kesuma atau Boas Salossa.
``Skil individu dan semangat berpasukan mereka cukup tinggi. Bagi saya Malaysia kepada Indonesia yang jauh lebih baik,'' katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan