Sabtu, 6 Mei 2017

Terima kasih FAM



ARKIB : 20/01/2005

KUALA LUMPUR - Jurulatih bola sepak kebangsaan, Bertalan Bicskei melahirkan rasa lega dengan kepercayaan yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk beliau terus membimbing skuad itu menghadapi dua kejohanan utama tahun ini.

Bagi jurulatih pengendali dari Hungary itu, kepercayaan FAM akan digunakan sepenuhnya untuk memastikan musim 2005 membawa kejayaan skuad kebangsaan.

``Saya ucapkan terima kasih kepada FAM kerana masih memberikan kepercayaan kepada saya untuk terus membimbing skuad kebangsaan.

``Kepercayaan yang diberikan oleh FAM akan saya gunakan sepenuhnya untuk memastikan kejayaan diraih pada dua kejohanan tahun ini,'' ujarnya ketika ditemui di sini, semalam.

Kelmarin, Jawatankuasa Teknikal FAM yang dipengerusikan oleh Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad mengambil keputusan untuk mengekalkan Bicskei selaku jurulatih bola sepak kebangsaan.

Jawatankuasa tersebut mengambil keputusan berasaskan keupayaan jurulatih dari Hungary itu membentuk skuad yang berjaya menduduki tempat ketiga Piala Tiger.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4gMeRmh8o
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan