Ahad, 7 Mei 2017

Fifa: Malaysia turun satu anak tangga



4 Mei 2017
Fifa    

MALAYSIA turun satu anak tangga kepada kedudukan 158 dunia dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Menurut laman web rasmi Fifa www.fifa.com, penurunan ranking skuad Harimau Malaya itu adalah disebabkan peningkatan tiga anak tangga oleh pasukan Mauritius yang kini menghuni tempat ke-157.

Kedudukan itu menjadikan Malaysia kekal dalam kelompok bersama Sudan (155), Papua New Guinea (156), Moldova (159), Singapura (160) dan Taiwan (161).

Iran kekal pasukan terbaik Asia dengan menduduki ranking ke-28 dunia diikuti Korea Selatan (43), Jepun (44) dan Australia (50).

Sementara itu, tiada perubahan pada kelompok 20 pasukan teratas bulan ini dengan Brazil terus mendahului di depan negara jiran, Argentina, Jerman dan Chile.

Madagascar menjadi pasukan yang menunjukkan peningkatan paling besar bulan ini apabila naik sembilan tangga ke posisi 111 manakala Malawi merosot teruk iaitu turun 14 tangga kepada 114.

Ranking bulanan ini membabitkan 206 negara. – Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 4 Mei 2017

1 ulasan:

  1. SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO.
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    Sky777 I Scr888 I Lpe88 I Joker I Sky99 I Gw99.

    WECHAT / WHATSAPP
    013-302-6666

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 500+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    BalasPadam