Khamis, 27 April 2017

Becskei: Malaysia perlu menang


 

ARKIB : 03/09/2004
Oleh SAYED HESHAM IDRIS
INDRA Putra Mahayuddin (kiri) dan Akmal Rizal mendapat kepercayaan Becskei untuk menggempur kubu China pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Pulau Pinang, Rabu depan.

JURULATIH kebangsaan, Bertalan Becskei mahukan kemenangan dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia menentang China minggu depan sebagai pembuka tirai tugas pertamanya bersama pasukan bola sepak negara.

Bersandarkan kemenangan 2-1 dalam perlawanan persahabatan menentang Thailand sebelum ini, jurulatih kelahiran Hungary itu melihat ada sinar baru dalam pasukan yang dibentuk kira-kira dua bulan lalu untuk menang pada perlawanan di Pulau Pinang, Rabu depan.

Lebih daripada itu, dia yakin barisan pilihannya yang sebahagian besarnya adalah anak didik bekas jurulatih, Allan Harris yang digabungkan dengan pemain muda mampu memulihkan semula maruah negara walaupun sedar peluang layak ke Piala Dunia 2006 tipis.

``Menang sudah memberi kepuasan kepada saya sebagai jurulatih, apatah lagi ini merupakan tugas pertama saya bersama pasukan kebangsaan.

``Dalam perlawanan minggu depan, saya akan terus menggunakan khidmat sebahagian besar anak didik Harris serta mengekalkan format 4-4-2 yang serasi dengan corak permainan pemain tempatan,'' katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Pasukan kebangsaan menduduki tangga tercorot Kumpulan 4 kelayakan Piala Dunia zon Asia tanpa sebarang mata bersama China, Kuwait dan Hong Kong.

Malaysia tewas 4-0 kepada China dalam perlawanan pusingan pertama di Tianjin, 9 Jun lalu.

Mengenai barisan pelatih kebangsaan, secara keseluruhan, Becskei masih mengekalkan Akmal Rizal, Norhafiz Zamani Misbah, Indra Putra Mahayuddin dan Tengku Hazman Raja Hassan.

Becskei turut memberi kepercayaan dengan menyenaraikan penyerang veteran, Rusdi Suparman.

Bekas penjaga gol bawah 23 kebangsaan, Kamarulzaman Hassan (Sarawak) dan pertahanan Perak, Asmawi Bakiri turut tersenarai.

Sementara pemain muda yang mendapat perhatian Becskei ialah Mohd. Razman Roslan dari Selangor



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4fQ9cQ43y

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan