Tunku Mahkota Johor itu mengakui akan mengadakan pertemuan dengan individu tersebut pada hari ini untuk membincangkan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
“Hari ini, saya akan mengadakan mesyuarat dengan individu tersebut. Saya hendak tengok sama ada dia merupakan individu yang paling sesuai untuk menjadi jurulatih pasukan kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan perbincangan bersama semua ahli gabungan di sini, hari ini.
Ditanya lanjut mengenai individu tersebut, Tunku Ismail menegaskan bahawa beliau tidak boleh mendedahkan identiti individu berkenaan buat masa ini.
“Buat masa ini, saya masih dalam perbincangan mengenai perkara itu, jadi saya tak nak dedahkan mengenainya lagi.
“Mungkin saya rasa nak ambil Khalid Ali sebagai jurulatih pasukan kebangsaan, mungkin nak ambil Raja Ahmad sebagai pengurus,” katanya.
Sebelum ini, beberapa nama dikaitkan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Ong Kim Swee antaranya ialah Bojan Hodak, jurulatih skuad bawah 23 tahun Australia, Josep Gombau serta bekas Pengarah Teknikal FAM, Robert Alberts