Sabtu, 8 April 2017

Cari peluang terbaik - Harris



ARKIB : 22/10/2003

MANAMA, BAHRAIN - Walaupun berada dalam kumpulan maut pusingan akhir bola sepak kelayakan Olimpik Zon Asia, Malaysia seharusnya memikirkan tentang peluang yang boleh diraih kerana menentang pasukan-pasukan handalan di Asia.

Jurulatih skuad kebangsaan, Alan Harris, memberitahu, inilah masanya pemain-pemain Malaysia menimba pengalaman menentang pasukan-pasukan tersebut di samping membuktikan keupayaan mereka.

Malaysia bakal menghadapi cabaran getir kerana menentang pasukan Iran, Korea Selatan dan China.

Perlawanan timbal balik itu menyaksikan skuad kebangsaan akan ke Iran untuk menentang pasukan negara berkenaan pada 3 Mac 2004 sebelum beraksi di Malaysia pada 17 Mac.

Pasukan negara juga akan menentang Korea Selatan di negara berkenaan pada 24 Mac sebelum menanti kedatangan pasukan tersebut di Malaysia pada 14 April.

China pula menanti kedatangan Malaysia pada 28 April sebelum ke Malaysia untuk menentang skuad kebangsaan pada 12 Mei.

``Inilah masanya peluang Malaysia untuk menentang pasukan handalan dan membuktikan sesuatu,'' katanya. - Utusan

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4de15YDE3
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan