Sabtu, 1 April 2017

Bawah 18 ASEAN: Malaysia naib juara



ARKIB : 19/06/2003
PEMAIN skuad kebangsaan hanya menjalani latihan ringan sebaik melaporkan diri untuk latihan pusat di Wisma FAM semalam sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Liga FA England Piala Asia di Bukit Jalil, bulan depan.

MALAYSIA muncul naib juara kejohanan bola sepak bawah 18 tahun Asean 2003 selepas tewas 4-0 kepada pasukan tuan rumah Myanmar dalam perlawanan akhir di Yangon, semalam.

Gol-gol jaringan Kyam Zin Win pada minit ke-20, Myomin Tun pada minit ke-43 dan 71 dan Tun Minmyo pada minit ke-62 melenyapkan impian Malaysia untuk melakukan kejutan selepas beraksi dengan cemerlang dalam separuh akhir.

Dalam separuh akhir, Malaysia menewaskan Singapura 2-0 manakala Myanmar mengalahkan Vietnam dengan jumlah jaringan yang sama.

Sebelum itu, dalam saingan peringkat kumpulan B, Malaysia mengalahkan Indonesia 3-1 dan membelasah Filipina 6-0.

Sementara, Myanmar dalam kumpulan B membuat kejutan apabila menewaskan skuad pilihan Thailand 5-2.

Skuad kebangsaan bermain dengan baik tetapi tekanan berdepan 35,000 penonton menyebabkan barisan pertahanan dan tengah melakukan beberapa kesilapan yang membenarkan Myanmar menghasilkan jaringan.

Myanmar sebagaimana biasa, didorong penyokong sendiri mempergunakan kesempatan di sebalik kelemahan skuad negara untuk mencipta kemenangan, sekali gus menjuarai kejohanan tersebut

Sumber=Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4czCkoaef
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan