ARKIB : 10/06/2004
TUGAS terakhir jurulatih bola sepak kebangsaan, Allan Harris
berkesudahan dengan nota mengecewakan apabila skuad bimbingannya tewas
4-0 kepada China dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2006 di Beijing,
semalam.
Ia adalah kekalahan ketiga skuad negara dalam kempen itu. Sebelum ini Malaysia tewas 3-1 kepada Hong Kong dan Kuwait 2-0 di Kuantan.
Kekalahan itu meletakkan Malaysia di tempat paling bawah dalam Kumpulan 4 tanpa sebarang mata.
China yang dibimbing jurulatih dari Belanda, Arie Haan unggul di tempat teratas dengan maksimum sembilan mata selepas tiga perlawanan.
Sebelum turun ke gelanggang menentang China semalam, Malaysia awal-awal lagi berdepan masalah apabila terpaksa berkunjung ke negara itu tanpa beberapa pemain tonggak akibat kecederaan.
Ia termasuk penyerang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, penjaga gol Azmin Azram Aziz dan bek tengah, Norhafiz Zamani Misbah.
China sebaliknya menurunkan barisan terkuat mereka termasuk penyerang veteran, Hao Haidong, pemain yang beraksi dengan Manchester City, Sun Jihai dan penyerang berbahaya, Li Xiaopeng.
Dan hasilnya, ketiga-tiga pemain itu menyumbangkan gol dengan Xiaopeng menjaringkan dua gol pada minit ke-70 dan penalti minit ke-75.
Sebelum itu Haidong membuka jaringan pada minit ke-42 dan disusuli dengan gol jaringan Jihai minit ke-66.
Perlawanan itu merupakan yang terakhir buat Harris sebelum jurulatih dari England itu melepaskan tugasnya membimbing Malaysia. Tugas melatih skuad negara untuk baki tiga perlawanan lagi akan dipikul oleh jurulatih baru yang belum diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Tiga kekalahan itu nyata menutup langsung peluang skuad negara untuk memberi saingan dalam Kumpulan 4, sekurang-kurangnya mengatasi Hong Kong.
Malaysia akan bertemu China sekali lagi di Kuala Lumpur untuk perlawanan timbal balik pada 8 September, berdepan Hong Kong pada 13 Oktober sebelum menamatkan kempen getir ini menentang pada 17 November.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan