ARKIB : 01/05/2004
KETIKA perubahan drastik yang diharapkan berlaku dalam jawatan
tertinggi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada mesyuarat agungnya
tidak menjadi kenyataan semalam, beberapa jam selepas itu skuad Olimpik
negara mencipta kekalahan memalukan pada perlawanan kelayakan Kumpulan A
di Stadium Azedi Teheran, Iran.
Pasukan negara bimbingan jurulatih Allan Harris itu dibelasah 6-0 oleh pasukan tuan rumah, kekalahan terbesar dalam beberapa perlawanan kelayakan mereka sebelum ini.
Malaysia yang sudah tidak mempunyai harapan untuk layak ke Olimpik sekadar bermain sambil lewa tanpa menunjukkan sebarang kesungguhan dalam memberikan saingan.
Sebelum ini, pada pusingan pertama kelayakan, Malaysia kalah 4-1 kepada Iran, seri 1-1 dengan China dan kalah 1-0 kepada Korea Selatan.
Pada pertemuan pusingan kedua di tempat lawan dengan Korea Selatan, Malaysia kalah 3-0 sebelum semalam tewas lagi 6-0 kepada Iran.
Malaysia yang tidak pernah menang dalam perlawanan kelayakan setakat ini akan berjumpa China di tempat sendiri pada 12 Mei ini untuk menutup tirai cabaran yang cukup menyedihkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan