DATUK Ong Kim Swee berkata beliau akan memanggil 25
hingga 30 pemain bagi persiapan menghadapi Kelayakan Bawah 23 Tahun
Piala AFC, Julai ini di Bangkok dan temasya Sukan Sea di Kuala Lumpur,
Ogos depan.
Pengendali skuad B-22 itu berkata, latihan pusat akan diadakan hujung
Mei ini dan ia penting bagi membuat persiapan menghadapi dua kejohanan
yang dianggap besar.
“Seperti mana yang diketahui, jadual untuk saya mengadakan latihan buat
pertama kali selepas saya mengambil alih akan berlaku pada bulan puasa
ini. “Seperti mana Tunku Presiden menegaskan, kita perlu lihat dari segi
kemampuan pihak pengurusan dan jika tidak dapat ke luar negara dan kita
mendapat latihan mencukupi di dalam negara.
"Saya rasa itu tidak menjadi satu isu besar untuk persiapan skuad B-22," katanya.
Tambah Kim Swee, pada sesi latihan pertama beliau akan menapis kesemua
pemain sebelum menyenarai pendek 23 pemain untuk saingan Kelayakan B-23
Piala AFC.
Sebelum ini, Kim Swee merancang untuk mengadakan latihan di Australia
namun atas kekangan kewangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
kemungkinan latihan akan diadakan di dalam negara.
Bagaimanapun, Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga
mencadangkan skuad B-22 akan mengadakan latihan di China bagi persiapan
menghadapi dua kejohanan tersebut
SUMBER-SUNAR HARIAN ONLINE 22.4.2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan