Malaysia lebih kental
berbanding Vietnam
23 November 2016 12:13 AM
ONG KIM SWEE (dua dari kiri)
bersalaman dengan Nguyeen Huu Thangdalam sidang akhbar Piala AFF di Yangon,
semalam. Turut hadir Amri Yahyah (kiri) dan Le Cong Vinh.
YANGON 22 Nov. – Jurulatih
Vietnam, Nguyen Huu Thang tidak menganggap ketiadaan empat tonggak Harimau
Malaysia yang bersara pada pertengahan tahun ini memberi kelebihan kepada
pasukannya apabila berdepan skuad Datuk Ong Kim Swee itu di Stadium Thuwunna
esok.
Huu Thang, bekas pemain Vietnam
dari 1996 hingga 2002 sebaliknya percaya, Malaysia, yang turun selaku juara
2010 dan naib juara dua tahun lalu memiliki semangat juang yang tinggi dan itu
terbukti apabila mereka bangkit dua kali ketika menumpaskan Kemboja 3-2 dalam
aksi pembukaan, Ahad lalu.
“Walaupun empat tonggak
Malaysia sudah bersara dari pentas antarabangsa namun mereka tetap pasukan yang
sukar.
“Mereka ada pemain yang bagus,
malah melihat bagaimana Malaysia bangkit daripada ketinggalan dua kali ketika
bertemu Kemboja, saya fikir semangat juang mereka lebih bagus berbanding kami,”
kata Huu Tang.
Harimau Malaysia sebelum ini
menerima tamparan apabila hilang empat tonggak diketuai kapten, Safiq Rahim,
Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak, S. Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal yang membuat
keputusan bersara pada Julai lalu.
Dalam pada itu, Huu Thang berkata,
dia turut sependapat dengan Kim Swee bahawa beraksi pada pukul 3 petang bukan
perkara mudah, namun
terpaksa akur kerana jadual perlawanan sudah dibuat.
“Saya setuju dengan Kim Swee
bahawa bermain pada pukul 3 petang memang sukar. Jadual sudah pun dibuat jadi
kami perlu bersedia secara mental dan fizikal.
“Saya teruja untuk bertemu
Malaysia dan mengharapkan keputusan positif menyebelahi kami,” katanya lagi.
Sementara itu kapten Vietnam,
Le Cong Vinh percaya, pasukannya perlu bekerja keras untuk menempatkan diri ke
separuh akhir.
“Bertemu Malaysia tidak mudah.
Pasukan kami sudah dipersiapkan sebaik yang mungkin dan apa yang boleh kami
lakukan esok adalah beraksi dengan strategi sendiri bagi mencari keputusan
terbaik,” katanya
SUMBER- See more at:
https://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-lebih-kental-berbanding-vietnam-1.410910#sthash.LyKEcltx.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan