Skuad Harimau Malaysia dengan
23 pemain serta pegawai pasukan sebelum ke Yangon. FOTO HM/OSMAN ADNAN
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com
Kuala Lumpur: Skuad Harimau
Malaysia memulakan misi merebut kejuaraan Piala AFF 2016 apabila berlepas ke
Yangon, Myanmar hari ini.
23 pemain terbaik yang dipilih
jurulatih Datuk Ong Kim Swee memikul tugas mencabar untuk mengulangi pencapaian
gemilang kali pertama dan terakhir memenangi Piala AFF 2010.
Kim Swee yang ditemui sebelum
berlepas ke Yangon pagi tadi mahu anak buahnya memberikan fokus sepenuhnya
kepada misi untuk melepasi halangan peringkat Kumpulan B sebelum memikirkan
langkah lebih jauh di kejohanan itu.
"Semua pemain dalam tahap
terbaik dan saya mahu mereka memberikan lebih fokus sebaik kita sampai di
Yangon.
"Kita tahu di sini pemain
mempunyai hal lain yang perlu difikirkan dan diuruskan tapi bila kita tiba di
Yangon, semua perkara perlu diketepikan," katanya.
Malaysia akan memulakan kempen
dengan bertemu Kemboja pada Ahad ini sebelum membuat perhitungan dengan pasukan
pilihan Vietnam dan Myanmar.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Rabu, 16 November 2016 @ 3:52 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan