Selasa, 4 November 2014

‘Jangan hukum Mat Yo’ Dollah


04 November 2014 1:45 AM

KUALA LUMPUR 16 SEPT 2014 - 
 KUALA LUMPUR 16 SEPT 2014 - Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh
Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh
 JOHOR BAHRU – Kegagalan Norshahrul Idlan Talaha menyempurnakan sepakan penalti pada aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 ketika mewakili Johor Darul Ta’zim (JDT) tempoh hari tidak perlu disensasikan seolah-olah telah menghukum pemain berkenaan kerana perkara itu adalah sesuatu yang biasa bagi mana-mana pemain bola sepak.
Tegas jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh, sebagai pemain profesional, mereka juga akan melalui zaman kejatuhan naik dan jatuh dalam karier bola sepak dan berharap Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo segera dapat melupakan episod kekecewaan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Bagi meredakan ketegangan emosi yang sedang melanda Mat Yo, Dollah telah menerima rayuan untuk berehat selama sehari dan akan mula menjalani latihan bersama skuad kebangsaan di Padang Sri Gelam hari ini sebagai persiapan menjelang Piala AFF di Singapura bermula 23 November ini.
Menurut Dollah, dia membenarkan Mat Yo untuk berehat seketika sebelum kembali menyertai kem skuad negara dalam keadaan yang lebih positif dan tidak dibelenggu sebarang masalah.
“Saya faham akan keadaan yang dialami Mat Yo buat masa ini dan sebab itulah saya memberi pelepasan kepadanya untuk menenangkan fikiran buat seketika.
“Jadi, saya berharap perkara itu janganlah dijadikan isu dan terus meletakkan kesalahan pada Mat Yo kerana pemain bertaraf antarabangsa seperti Messi (Lionel) dan Ronaldo (Cristiano) pun turut melakukan kesilapan gagal menyempurnakan sepakan penalti, malah JDT pun tidak menghukum Mat Yo atas perkara yang berlaku.
“Kami semua akan membantu dia untuk memulihkan semula semangat serta keyakinan diri apabila menjejakkan kaki di padang. Mat Yo merupakan antara pemain terbaik kebangsaan buat masa ini sekiranya mampu mengembalikan rentak permainannya,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.
Mat Yo menjadi mangsa tohmahan peminat ekoran gagal menyempurnakan sepakan penalti yang menyaksikan Harimau Selatan terlepas peluang merangkul Piala Malaysia edisi ke-88 apabila tewas kepada skuad Pahang 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Selain Mat Yo, tiga wira Tok Gajah dijangka turut menyertai skuad nasional pada hari ini iaitu Mohd. Azammuddin Akil, Mohd. Hafiz Kamal, R. Gopinathan dan penjaga gol, Khairul Azhan Mohd. Khalid.
Sementara itu, Dollah memberitahu Harimau Malaya akan menjalani latihan di atas padang sintetik di Kluang bagi membiasakan diri sebelum beraksi di padang tiruan Stadium Jalan Besar, Singapura nanti.
“Buat masa ini, kami akan menjalani latihan di sini (Sri Gelam) sehari dua sebelum menjalani latihan di Kluang. Kami juga akan mengadakan perlawanan persahabatan dalam tempoh itu bagi mendapatkan rentak dan keserasian,” katanya.
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-jangan-hukum-mat-yo-8217-8232-8211-dollah-1.20456#sthash.vx4zuhHB.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan