Khamis, 8 Disember 2016

FAM cungkil bakat di sekolah

ARKIB : 04/09/1999
Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, program yang dianjurkan bersama dengan Kementerian Pendidikan itu akan meliputi semua sekolah di negara ini.

Menurutnya, program itu diperkenalkan memandangkan usaha mencungkil bakat baru seperti melalui Akademi Bola Sepak belum mencukupi.

''Program yang dilaksanakan oleh FAM sekarang memang kita puas hati, tapi belum cukup sebab itu kita perlu terapkan di semua peringkat sekolah,'' katanya selepas merasmikan Kem Kesihatan Telinga dan Pendengaran di Pekan semalam.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan telah memberi respon positif terhadap program itu dan FAM kini sedang membuat persiapan untuk memulakannya.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_07.htm#ixzz4SFN073oT © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan