Selasa, 6 Disember 2016

Ranking bola sepak Malaysia terus merudum

ARKIB : 22/07/1999
KEDUDUKAN bola sepak Malaysia dalam senarai dunia terus merudum apabila turun lima lagi anak tangga daripada tempat ke-113 bulan lalu kepada 118, bulan ini.

Mengikut senarai terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam, sehingga bulan ini, Malaysia tidak mengutip sebarang mata daripada angka 285.

Kedudukan dalam senarai Asia pula, Malaysia di tangga ke-20 dan kelima di kalangan negara Asia Tenggara.

Korea Selatan terus unggul sebagai pasukan gergasi Asia dengan 563 mata, di depan Arab Saudi di tempat kedua dan Jepun ketiga. Dalam senarai dunia, Korea di tangga ke-37, Arab Saudi 40 dan Jepun 44.

Manakala Thailand kekal sebagai kuasa utama Asia Tenggara dengan 439 mata di samping ke-78 dunia diikuti Singapura, Indonesia dan Vietnam.

Brazil terus unggul sebagai kuasa terkuat bola sepak dunia apabila jauh dengan 70 mata di depan pencabar terdekat, Perancis di tempat kedua dan Republik Czech ketiga.

Kekukuhan Brazil itu, yang memungut 835 mata, dibantu kejayaan terbaru menjuarai pertandingan bola sepak tertua dunia, Copa America di Paraguay yang baru tamat minggu lalu.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_10.htm#ixzz4S3xOdoed © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan