ARKIB : 07/08/1999
PEMAIN bola sepak kebangsaan,
Khairul Anuar Baharom semalam meminta maaf kepada media Malaysia berikutan tindakannya
menunjukkan isyarat lucah kepada sekumpulan wartawan Malaysia pada petang 4
Ogos lalu di Stadium Balapan dan Padang, Bandar Seri Begawan.
Khairul, 25, memohon maaf
secara bertulis menerusi surat bertarikh 5 Ogos.
Surat empat perenggan yang ditandatangani
oleh Khairul itu berbunyi:
''Saya dengan ini memohon maaf
atas tindakan saya kepada para pemberita akhbar Malaysia pada petang 4 Ogos
1999 selepas perlawanan antara Malaysia-Kemboja.
''Tindakan itu didorong oleh
kemenangan pasukan kita ke atas Kemboja 7-2 dan ia tidak disengajakan dan hanya
melahirkan kepuasan hati saya kerana kemenangan tersebut.
''Saya harap permohonan maaf
dan apa jua salah faham dapat diselesaikan.
''Insya Allah, kesilapan ini
adalah pengajaran buat saya.'' - Utusan.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_08.htm#ixzz4S7kI8enQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan