Sabtu, 3 Disember 2016

Korea sekat Malaysia

ARKIB : 29/05/1999
PELUANG Malaysia ke separuh akhir bola sepak Piala Perdana Antarabangsa Nike bawah 14 tahun tergugat apabila tumpas 0-2 kepada pasukan pilihan, Korea Selatan di Stadium Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam, semalam.

Jaringan oleh Jung Byung Min, minit ke-20 dan Kim Burn (30) membawa tiga mata serta mencerahkan kemaraan Korea ke separuh akhir petang ini.

Korea mengetuai kumpulan A dengan enam mata manakala Malaysia yang menewaskan Filipina 4-0 sebelumnya, menduduki tangga ketiga.

Malaysia, juara bertahan perlu bersaing dengan Singapura hari ini dan tuan rumah perlu menang untuk mara kerana memiliki perbezaan gol yang kecil berbanding lawan.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_07.htm#ixzz4RmWxaD4b © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan