Sabtu, 3 Disember 2016

Fazuan penjaga gol terbaik

ARKIB : 28/05/1999
JUARA bertahan, Malaysia, yang diwakili oleh pasukan projek Sekolah Bukit Jalil 2004 membuktikan keunggulan apabila penjaga golnya, Fazuan Abdullah memenangi pertandingan kemahiran penjaga gol kejohanan bola sepak Antarabangsa Piala Perdana Nike, semalam.

Ia memberi petanda baik untuk pasukan negara yang bakal memulakan cabaran dalam pertandingan yang bermula di Stadium Shah Alam hari ini.

Jepun, Korea Selatan, Thailan, Singapura, Filipina dan China masing-masing menjanjikan saingan sengit untuk menandingi Malaysia selaku juara bertahan.

Tiga pasukan teratas akan mewakili Asia Pasific pada pusingan akhir dunia di Barcelona, Sepanyol.

Korea Selatan, yang menduduki tempat ketiga tahun lalu dikatakan begitu bersedia kali ini berdasarkan pencapaian Kim Ba Woo dalam satu lagi pertandingan kemahiran.

Pasukan itu diwakili oleh Sekolah Menengan Dong Book dan mereka kelihatan begitu bersemangat sewaktu sesi latihan dan Malaysia yang berada dalam kumpulan B bersama mereka dijangka menerima tentangan.

Atas kertas, Korea Selatan dan Malaysia dijangka mampu menempah tiket ke separuh akhir kumpulan itu tetapi kehadiran Singapura dan Filipina tidak harus diketepikan.

Kedua-dua pasukan itu tiba di Kuala Lumpur dan berusaha memberikan persembahan terbaik. Singapura diwakili oleh Sekolah Jin Tai, yang beraksi pada kejohanan tahun lalu. Kumpulan B dianggotai oleh pasukan China, Jepun dan Thailand.

Pada perlawanan akhir tahun lalu, Thailand tewas kepada Malaysia dan Sekolah Sukan Ubon Rachatani yang mewakili negara itu kali ini berazam memberikan persembahan terbaik.

China, yang gagal menempatkan diri dalam senarai tiga pasukan yang beraksi pada pusingan akhir di Perancis tahun lalu, kini dwakili oleh Sekolah Menengah Bayi. Jepun pula diwakili oleh pasukan muda Verdy Kawasaki.

Senarai pemenang pertandingan kemahiran:

Penjaga gol terbaik - 1. Fazuan Abdullah (MAS); 2. Park Gi Won (Kor); 3. Zhang Xiao Bing (Chn).

Pertandingan kemahiran atas padang - 1. Kim Ba Woo (Kor); 2. Tarasak Sungkari (Jpn); 3. Yashitaka Watanabe (Jpn).

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_04.htm#ixzz4RmVGUOm9 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan