ARKIB : 29/04/1999
INDONESIA memberi pengajaran
amat berguna buat skuad Olimpik 2000 apabila membenam skuad harapan negara 5-2
pada Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Nasional, Bukit Jalil,
semalam, lapor JOHARI SHAWAL.
Barisan pertahanan yang rapuh
jelas menjadi punca kekalahan besar pasukan negara kepada Indonesia yang baru
lima minggu digabungkan di bawah bimbingan jurulatih dari Belanda, Bernhard
Schumm berbanding lima tahun skuad Hatem Souissi ini.
Gol-gol Indonesia dijaringkan
oleh trio penyerangnya, Gendut Doni pada minit ke-17, Bambang Pamungkas (23,
67), Uston Nawawi (35) dan Andrian Mardiansyah (39).
Olimpik 2000 ketinggalan 4-0
pada babak pertama sebelum penyerang Khalid Jamlus dan Jaafar Salleh merapatkan
kedudukan minit ke-59 dan 65 babak kedua.
Penyerang negara, Akmal Rizal
Rakhli jelas dikekang ketat namun penyerang Indonesia, Gendut lebih dulu
mencatat nama pada minit ke-17. Enam minit kemudian, seorang lagi penyerang
berbisa Bambang menanduk masuk sepakan sudut.
Penjaga gol Olimpik, Jamsari
Sabian tewas lagi pada minit ke-35 apabila Uston mudah menewaskannya dengan
tendangan kencang. Andrian menambah derita skuad negara empat minit kemudian
untuk gol keempat.
Olimpik 2000 cuba bangkit pada
babak kedua dengan Khalid menyuntik semangat pada minit ke-59 sebelum pemain
gantian, Jaafar merembat gol kedua minit ke-65.
Sementara itu, Thailand yang
seri 1-1 dengan Olimpik 2000, menewaskan Vietnam 2-0 pada perlawanan sebelum
itu menerusi jaringan Pongsak Kongkeaw (18) dan Bamron Bonprom (75)
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_07.htm#ixzz4RfNmujoj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan