Sabtu, 3 Disember 2016

Hasrat Malaysia berkecai

ARKIB : 31/05/1999
HASRAT Malaysia untuk merebut tempat ke pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Perdana Nike yang bakal berlangsung di Barcelona, Sepanyol akhir tahun ini, berkecai apabila tewas kepada Thailand pada perlawanan penentuan tempat ketiga di Stadium ITM, Shah Alam, semalam.

Skuad Projek 2004 itu tewas 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan sebenar.

Hanya tiga pasukan teratas daripada kumpulan Asia Pasifik layak ke Barcelona dan Thailand mengisi slot terakhir itu selepas Jepun dan Korea Selatan menempah tempat lebih awal selepas melangkah ke akhir.

Korea Selatan muncul juara kejohanan Asia Pasifik selepas menewaskan Jepun 1-0 pada perlawanan akhir, semalam.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_06.htm#ixzz4RmuDxBG0 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan