ARKIB : 06/07/2000
WALAUPUN tersingkir dari
persaingan pusingan akhir di Tehran Oktober ini, namun pujian wajar diberikan
kepada skuad bawah 19 tahun kebangsaan yang telah menunjukkan persembahan
matang untuk muncul naib juara kumpulan 9 pada pusingan kelayakan bola sepak Asia
di Shah Alam yang tamat kelmarin, lapor A. JAILANI ABDULLAH.
Korea Selatan muncul juara
dengan mengumpul 12 mata penuh dari empat perlawanan, meninggalkan Malaysia
untuk menghuni tangga kedua dan Singapura ketiga. Dua pasukan lain yang turut
bersaing pada kejohanan dari 26 Jun hingga 4 Julai itu ialah Filipina dan Macau
yang masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.
Bagaimanapun, persembahan
menarik yang ditunjukkan oleh Malaysia agak terencat kerana ketiadaan bintang
remaja yang berpangkalan di Perancis, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang tidak
dibenarkan bermain oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC).
Badan induk bola sepak Asia itu
menjadi pemusnah harapan para peminat tempatan yang tertunggu-tunggu untuk
menyaksikan sendiri kehebatan aksi Akmal setelah pemain dari Kedah itu
menjalani latihan dengan FC Strasbourg sejak November tahun lepas.
AFC bertindak demikian
berdasarkan kebiasaannya tidak membenarkan pemain-pemain yang telah mewakili
pasukan kebangsaan pada peringkat umur lebih tinggi bermain dalam kejohanan
peringkat umur lebih rendah.
Akmal, 18, pernah beraksi untuk
skuad bawah 23 tahun negara ke pusingan kelayakan Olimpik 2000 tahun lepas.
Harris, menyifatkan keputusan
AFC itu amat malang bagi para peminat tempatan kerana Akmal memiliki bakat
semula jadi dan sepatutnya menjadi bintang pada pusingan kelayakan ini.
Walaupun sukar untuk mengatasi
Korea jika sekali pun Akmal beraksi, namun kehadirannya penting kepada para
peminat tempatan yang tertunggu-tunggu untuk menyaksikan kehebatannya setelah
pemain itu bermain cemerlang di Eropah.
Harris, jurulatih dari England
yang pernah membimbing Barcelona, kelab terkemuka dunia dari Sepanyol
mencurahkan ilmunya kepada pemain-pemain muda negara sejak Oktober tahun lepas
dengan dibantu oleh B. Sathianathan dan jurulatih penjaga gol, Mandiaty Fall
dari Senegal.
Secara keseluruhannya, para
pemain negara telah bermain dengan baik dan mereka merupakan satu-satunya
pasukan yang berjaya menembusi gawang gol Korea ketika tewas 7-3 sementara
pasukan lain pula menjadi makanan kepada juara bertahan itu.
Para pemain negara memiliki
kualiti dalam segenap aspek yang diperlukan dalam permainan bola sepak namun
beberapa kelemahan masih perlu dibaiki terutama di bahagian pertahanan yang
sering leka terutama ketika bertemu Korea.
Korea juga telah mendedahkan
bahawa anak-anak buah Harris kurang mantap dari segi kepantasan berlari dan
tidak mampu mengekalkan tumpuan terhadap permainan sehingga wisel penamat
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4aO1PJsvu
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan