Sabtu, 25 Mac 2017

Kelayakan bola sepak Sukan Olimpik - Malaysia layak ke pusingan kedua

ARKIB : 04/12/2002
SKUAD bola sepak negara yang kali terakhir layak ke Sukan Olimpik pada 1980, menerima khabar gembira apabila muncul antara 12 pasukan pilihan untuk terus mara ke pusingan kedua peringkat kelayakan temasya empat tahun sekali itu, yang dijadual berlangsung tahun depan.

Skuad negara layak ke pusingan kedua pusingan kelayakan secara automatik mengikut kriteria baru Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berdasarkan prestasi pada Sukan Olimpik Sydney 2000 dan ranking semasa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Skuad negara ketika ini berada pada tangga ke-123 dunia dan 20 Asia.

Selain Malaysia, 11 pasukan lain turut layak secara automatik ke pusingan kedua iaitu Korea Selatan, Jepun, Kuwait, China, Arab Saudi, Thailand, Qatar, Bahrain, Uzbekistan, Indonesia dan Korea Utara.

Sukan Olimpik kali ke-28 akan berlangsung di Athens pada 2004.

Sementara itu, 24 pasukan lain pula bertanding di pusingan pertama peringkat kelayakan iaitu Hong Kong, Turkmenistan, Taiwan, Iraq, Kyrgyzstan, Lebanon, Myanmar, Nepal, Oman, UAE, Iran, Syria, Jordan dan Vietnam.

Turut bersaing ialah Singapura, India, Yemen, Sri Lanka, Tajikistan, Palestin, Maldives, Bangladesh, Kemboja dan Pakistan.

Kelayakan pusingan pertama akan bermula pada 5 April dan 19 April sementara peringkat pertama pusingan kedua berlangsung pada 3 Mei dan 7 Jun.

Undian bagi kedudukan kumpulan akan diadakan di Kuala Lumpur pada Isnin depan.

Malaysia pernah layak ke Sukan Olimpik sebanyak dua kali iaitu pada 1972 di Munich dan 1980 di Moscow. Bagaimanapun, pasukan negara menarik diri daripada penyertaan di Moscow atas sebab-sebab politik.

Sementara itu, AFC juga mengumumkan sebanyak 42 negara termasuk tuan rumah, China dan juara bertahan, Jepun mengesahkan penyertaan dalam Piala Asia yang dijadual berlangsung pada 2004.

Selain China dan Jepun, negara lain termasuk Bahrain, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Lebanon, Oman, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Syria, UAE, Yemen, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan, Bhutan.

Pasukan-pasukan lain ialah Bangladesh, Brunei, Taiwan, Kora Utara, Timor Timur, Guam, Hong Kong, India, Indonesia, Korea Selatan, Laos, Macau, Maldives, Mongolia, Myanmar, Nepal, Pakistan, Singapura, Sri Lanka, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Undian pusingan kelayakan akan diadakan di Beijing. Hanya 16 pasukan layak beraksi pada pusingan akhir.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4cPJosfPf
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan