Isnin, 20 Mac 2017

Malaysia di tangga ke-2

ARKIB : 26/01/2002
BANGKOK - Malaysia mengekalkan kedudukan di tangga kedua kumpulan A bola sepak bawah 20 Asean biarpun hanya mampu mengutip satu mata pada perlawanan kedua selepas mencatat seri 3-3 dengan Indonesia di sini, semalam.

Skuad bimbingan jurulatih dari Brazil, Jorvan Vieira itu kini mengumpul empat mata selepas dua perlawanan, setelah menang 2-1 ke atas Myanmar pada perlawanan pertama, Rabu lalu.

Skuad negara kini ketinggalan dua mata di belakang pasukan tuan rumah, Thailand yang mengutip maksimum enam mata selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut.

Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir yang dilangsungkan di Bangkok.

Myanmar yang tewas kepada skuad negara, di tangga ketiga dengan tiga mata selepas membelasah Singapura 7-1 kelmarin.

Indonesia belum mencatat sebarang kemenangan selepas tewas 3-1 kepada Thailand pada perlawanan pertama.

Dalam aksi kumpulan B di Phnom Penh, Laos mencatat kemenangan pertama dengan menewaskan Brunei 2-1.

Gol Laos dijaringkan oleh Sengsayyo Latsavong pada minit ke-10 dan Keo Navine Sack minit ke-89.

Gol tunggal Brunei dihasilkan oleh Mohammad Julremi pada minit ke-74.

Kejohanan bawah 20 Asean ini adalah kali pertama dianjurkan.

KEPUTUSAN

Kumpulan A

MALAYSIA  3          Indonesia       3

Kumpulan B

Laos    2          Brunei            1



Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4br1PqIT6

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan